TD antara tokoh poligami yang dihormati di syabab 2.0 dan berikut adalah posting beliau yg latest, ambo nak ulas dan radd (kritik tanpa ada rasa kebencian) keatas beliau. setelah berkawan sejak 1998, ambo memang tak ada masalah dengan beliau kerana sejak 10 tahun, kami memang selalu minum pagi bersama.
-----------------------------------------------Terlalu banyak polemik yang dimainkan mengenai poligami; yang nampak macam bertujuan untuk menampak burukkan sesuatu yang tidak disukai oleh orang yang memainkan polemik itu. Agaknya, ia sengaja diada-adakan bertujuan untuk menimbulkan kontradiksi dengan keharusan poligami.Isu Pertama: TD marah dengan realiti Poligami yg tercemar.
TD, bukan poligami saja yg menerima nasib yg malang, tapi politik juga menerima nasib yg sama, di mana politik sepatutnya bersih, tapi kerana politik diwarnai oleh para diktator dan para politikus yg kejam dan licik, maka politik telah menjadi kotor. Terbaru ialah bolasepak, dengan kematian 74 orang di Pelabuhan Said Egypt, poerjudian yg semakin berleluasa, maka sukan bolasepak juga menjadi kotor dan jijik, bahkan ramai pemain bolasepak Mesir yg memilih untuk bersara dari dunia bolasepak kerana melihat darah yg mengalir di stadium.
Maka bila poligami sudah kotor, ini kerana dunia poligami telah diwarnai oleh lelaki hipokrit dan serakah dengan nafsu seks, bertindak kejam terhadap isteri tuanya dan meninggalkan tanggungjawab terhadap isOne dan kebajikan anak2 mereka yang masih kecil.
Oleh kerana poligami telah tercemar, maka muncullah gerakan wanita atas nama NGO hak-hak wanita dan di Malaysia ada Kementerian hal Ehwal Wanita dan keluarga untuk memastikan hak-hak wanita mangsa poligami terbela. Politik juga tercemar, sebab itu ada suruhanjaya pilihanraya, sebab tu Pembangkang yg kuat, ada NGO NGO spt Bersih untuk memastikan politik masih ada ruang utk rakyat memilih dan menghantar wakil rakyat yg baik ke Parlimen kita.
Apa yg TD sedang fikirkan, sebenarnya TD impikan suasana di Madinah 1400 tahun dulu, di mana semua para sahabat memiliki 4 isteri dan sejumlah hamba sahaya perempuan yg boleh disetubuhinya. TD, itulah kurniaan Allah kepada para sahabat, walaupun mereka tidak memandu Volvo seperti demo dan Kapten, memiliki banglo yg tersergam, gaji 5 angka sebulan, tapi Allah memberi para sahabat isteri2 dan hamba yg banyak. Di zaman tsb, mmg ada suami dari kalangan sahabat yg tidak adil, tapi statistiknya amat rendah dan Nabi sentiasa merawat dan memperbaiki akhlak para suami ketika itu. Maka keadaan poligami adalah terbaik, terkawal dan kaum wanita tidak takut dgn sistem poligami bahkan ia adalah sistem yg menjaga wanita kerana ramai prajurit yang sentiasa syahid di medan jihad yg tidak pernah berhenti. Bilangan janda2 dan anak yatim sentiasa terbela dengan sistem poligami yg terhormat.
TD, impian TD hanya tinggal kenangan...Islam tidak pernah bertapak kukuh di nusantara kerana beberapa siri penjajahan yg kelam, maka poligami tidak pernah ada sejarah yg baik di nusantara, apatah lagi Kelantan, tempat poligami yang paling top di Malaysia, juga penuh dengan cerita duka yg dibawa oleh poligami. Bahkan TG MB sebagai tonggak kuasa politik islam juga menjauhi poligami, Baginda al-sultan kelantan juga sejak dulu tidak berpoligami, bahkan raja kita sekarang pun memilih untuk membujang saja, bayangkan kalau baginda berpoligami..hehehehe.
TD, itulah hakikat dan realiti poligami dari zaman sahabat hingga ia tiba di nusantara dan di negeri kelahiran kita sendiri pun yg mendapat jolokan serambi Melah pun poligami amat bermasalah.
Namun ada disana gerakan feminisma, atau womens Lib yang menentang poligami, ada di sana gerakan Muhammad Abduh yang juga menentang poligami. Tapi gerakan ni senang kita baca gerakan mereka. Tak dinafikan gerakan ini mmang berpengaruh dan mereka menguasai media dan ada cable yg kuat dgn Kerajaan. itu tidak dinafikan. tapi hujah ambo yg paling kuat ialah poligami mmg mendapat imej buruk spt politik dan bolasepak kerana players atau orang yg berpoligami, berpolitik dan business bola telah melakukan tektik dan permainan kotor, maka dunia poligami telah kotor sebagaimana dunia bolasepak dan dunia politik. Bagaimana nak menjernihkan ia? TD kena mengklonkan TD sebanyak mungkin, kena mengklonkan Kapten sebanyak mungkin, yakni lelaki2 yg kuat ekonomi, kuat agama dan kuat keadilannya utk menjernihkan semula warna poligami. Namun, anda berdepan dgn tugas yg berat, sebab wanita hari ni tak sama dgn wanita 1400 tahun dulu, mereka berpendidikan tinggi, tahu hak2 mereka dan mereka ada gaji yg besar dan memandu BMW serta VolVo mereka sendiri. Mereka juga telah merasa fobia dgn poligami. Lalu slogan hari ini ialah Katakan TIDAK kepada poligami. Maka tugas nak reverse the trend adalah amat sulit dan mencabar sekali.
No comments:
Post a Comment