Sejak saya membuat ulasan terhadap posting Dr Fizi, jiran sebelah menjadi kelam kabut..ust KD membuat satu thread bahawa Radd ni tak ada dalam sunnah, tapi kena pancung dgn Khadem dia sendiri, bahawa radd mengeradd ni ada dalam Islam..
kemudian di kalangan mereka kembali kelamkabut dengan fobia tajuk ni yang berakhir dengan perpecahan afn 1.0
aku nasihatkan kajilah apa yg aku tulis dengan istilah kritis (kalau fobia dengan istilah radd)...
satu lagi, cuba tuan-tuan buka mana-mana kitab Fiqh Munakahat. ambil mana satu, syed sabiq ke. Kitab Munakahat akan membuka bab mereka kepada pernikahan monogami..hikmah kawin, kebaikan kawin dgn anak dara, calon isteri, ciri calon suami, peminangan, syarat2 nikah, ijab qabul, walimah dan walimah al urs dan etika mlam pertama, seterusnya hak2 suami isteri.
selepas itulah baru dibincangkan isu2 talaq, hadhanah dan rujuk serta iddah. Pada penutup bab Munakahat, barulah dibuka bab Poligami.
apa maknanya tu semua kawang-kawang di 2.0. maknanya, asal perkahwinan kalian adalah monogami. bukan maksudnya, kita benci poligami, tapi susunan fiqh Munakahat, mmg mengutamakan monogami dan akhirnya barulah dibuka bab Poligami.
itu menunjukkan hukum asal perkahwinan adalah mono bukan poligami.
Ini isu asas dalam memahami istilah Hukum Asal, ( حكم الأصل ) yang dibangkitkan sejak afn 1.0 lagi. namun kerana sifat fanatik dan berpuak di kalangan mereka, mereka tidak mampu melihat kebenaran.
Maka saya menyeru, kalau kalian nak panjangkan isu istilah ni, maka ketepikan sentimen kawan dan lawan. lihat kebenaran sebagai kebenaran.
spt TD kata, apa motifnya nak tegakkan apa yg asal? sama ada asas perkahwinan itu berbilang isteri atau satu isteri, apakah motifnya??
dari segi syara' mmg clear, hukum asal adalah mono.
Nota: saya sebenarnya dah malas nak campur dalam urusan syabab 2.0 ni...sebab dah bawa haluan masing-masing. semua gembira dengan rumah masing-masing. Tapi bila Dr Fizi dari hospital melaka mengungkit isu hukum asal ni, maka saya tak bolehlah mendiam diri, sebab dengan isu inilah semuanya berakhir di muzium afn 1.0. Maka kalau ia sengaja dibangkitkan pihak tertentu utk menegakkan benang basah, maka saya terpaksa tampil utk menjelaskan.
No comments:
Post a Comment