Wednesday, February 29, 2012

Previu 25 buku kecil cili Padi -5


Buku #5:
Jodol Indo: Surat-surat Ibnu Taimiyah dari Bilik penjara
Himpunan: Muhammad al-`Abdat
Jodol asal: Risalah min al-Sijn Li-iIbni Taymiyah  ( رسائل من السجن لابن تيمية )

Genre: Bibliografi
Kategori: Arab, terjemahan Indo.
Penerbit asal: Daar Tayyibah, Riyadh, 1986
Penerbit Indo: Pustaka Mantiq, 1989
Penterjemah: Kathur Suhardi
PDF/e-Book: ada, arabic sahaja
ms: 145   saiz: 13cm X 18 cm
Harga RM7.50 FIB, wisma yakin, KL
================================sinopsis
*Walaupun buku ni sudah lama diterbitkan, tapi saya amat terkesan dengan buku ini kerana ia memaparkan watak sebenar Imam Ibn Taymiyah.

Syaikhul Islam Ibn Taymyah rh dipenjara dua kali, pertama di Cairo pada tahun 706H, kemudian dipindahkan ke Alexandria dan kali kedua di Damsyiq yang membawa kewafatannya pada tahun 728H. Ketika ia dibawa ke penjara, beliau sempat membaca sepotong ayat al-Qur'an kepada mereka yg berada dalam mahkamah:
فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ


AQS al-Hadid, 57:13 [Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa]. 
Di sisi Ibn Taymiyah, penjara adalah rahmat, manakala di luar penjara adalah azab baginya, maka lebih baik ia berada dalam penjara buat sementara waktu.
13 pucuk surat syaikhul Islam adalah:
Warqah #1: surat kepada Ibunda
Ia merupakan sepucuk surat yang dihantar oleh syaikhul Islam dari penjara Egypt kepada ibundanya yang berada di Damsyiq. beliau langsung tidak menceritakan bahawa ia berada di penjara bahkan menyatakan beliau hanya berada di Mesir utk urusan dakwah dan kepentingan umat Islam. Beliau juga menyatakan dia tidak tahu bila urusan ini akan selesai. 
Warqah #2: surat kepada sahabat handai di Damsyiq
Surat ini dikirimkan kepada sahabat-sahabat Syaikhul Islam di kota Damsyiq yang merasa amat bimbang mengenai nasib beliau kerana merengkok dalam jel di Egypt. Syaikhul Islam dibebaskan selepas 1 tahun setengah merengkok dalam jel, maka sebaik saja dia keluar jel, maka dia segera mengutus sepucuk surat kepada teman-teman rapatnya menjelaskan kenapa dan siapa di belakang penahanannya di jel Mesir.
Warqah #3: surat kepada Badruddin di Damsyiq.
Dari penjara Cairo, Imam IT dipindahkan ke penjara Alexandria, maka beliau mengutus sepucuk surat kepada kawan karibnya, syaikh Badruddin, di kota Damsyiq menceritakan keadaan dirinya yang teraniaya di Mesir kerana fitnah sesama sendiri.
Warqah #4: surat kepada sahabat-sahabatnya di Damsyiq
Ia juga warqah Imam IT dari penjara Alexandria kepada sahabat-handainya di kota Damsyiq menasihati mereka dan menyuruhnya bersabar terhadap apa yg dilaluinya di Mesir
Warqah #5: surat kepada keluarganya di Damsyiq
Sebaik saja Imam IT dibebaskan dari penjara Alexandria,  beliau segera mengutus surat kepada keluarganya di Damsyiq supaya segera menghantar buku2 dalam perpustakaannya untuk beliau gunakan di Mesir. Ini kerana sultan Mesir yg baru mengambil alih kuasa telah melantik Ibn Taymiyah sebagai Imam dan khatib di Cairo.

Warqah #6: surat kepada ketua tareqat Mesir, syaikh Nasrul Manbaji.
Syaikh Nasrul Manbaji, antara beberapa individu yang melakukan konspirasi memenjarakan Ibn Taymiyah, maka IT mengutus sepucuk surat yang penuh mengandungi keramahan dan saikologi kepada tokoh sufi tersebut.
Warqah #7: Surat kepada Raja Cyprus
Selepas beliau menetap di kota Cairo, Imam IT mengutus surat kepada Raja pulau Cyprus dan rakyatnya dan menyeru seluruh umat Kristian ortodoks Cyprus memeluk Islam. Kemungkinan hasil dari usaha-usaha Ibn Taymiyah inilah, kita dapati hari ni separuh dari pulau Cyprus adalah muslim.

Warqah #8: Dari penjara Damsyiq
Sebaik saja Ibn Taymiyah pulang ke kota Damsyiq (dari Cairo), beliau terkena fitnah lagi lalu dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara kerana beberapa fatwanya yang kontroversi. maka beliau menulis sepucuk surat untuk penduduk Damsyik menjelaskan kontroversi tsb.
Warqah #9: surat Rahsia
Ketika terma akhir dalam penjara Damsyiq, Imam IT tidak lagi dibenarkan menulis apa pun dari tembok penjara. beliau tidak lagi dibekalkan dengan alat tulis. Namun, hasil dari kerjasama warden penjara, dia masih dapat mengutus sepucuk surat kepada sahabat-sahabatnya, mencurahkan isi hatinya terhadap kezaliman yang ditimpakan ke atasnya.

Warqah #10: Surat kepada Sultan yang memerintah negara ketika itu
Imam IT menulis sebuah nasihat emas kepada para Penguasa, khususnya sultan agar memerintah dengan keadilan dan kecekapan.
Warqah #11: Warqah Kepada semua Pendengki
Ini adalah surat terbuka Imam IT kepada semua orang yang berkonspirasi untuk memenjarakannya. Ia adalah lantaran sifat dengki kepadanya. Maka IT dengan tulus membedah kekejian mereka dan sifat dengki dalam jiwa-jiwa mereka.

Warqah #12surat kepada umat Islam, lakukan amar ma'ru nahy mungkar
Imam IT menghuraikan antara sifat unik umat Islam ialah pada urusan amar ma'ruf nahy mungkar yang tidak ada pada umat-umat yang lain, maka IT menghuraikan metod dan kaedah melakukan amar ma'ruf nahy mungkar dengan lebih berkesan.
 

2 comments:

Muhammad Abdulloh Suradi said...

Baru tahu ada buku ni. Yang menghimpunkan surat2 Ibnu Taimiyah. Rupanya Ibnu Taimiyah masa di penjara dulu pernah menulis surat2 ni semuanya.

Ana suka baca tulisan2 syeikh THTL di blog ni. Selama ni ana selalu ikuti perkembangan syeikh di blog ni sejak syeikh bersara dari al-fikrah.net. Walaupun ana tak ada kesempatan nak komen.

Sedih rasanya syeikh THTL tak ada lagi di al-fikrah. Tak berapa meriah dah di sana tanpa kehadiran syeikh. Sebenarnya bagi ana, syeikh THTL adalah orang yang paling layak untuk jawab persoalan2 fiqh yang diajukan di sana. Syabab AFN masih terlalu muda untuk jawab semua tu. Syeikh adalah orang yang paling senior dan berilmu bagi ana.

Semoga syeikh THTL terus diberi ilham untuk menulis dan menyumbang manfaat dalam penulisan di blog ni.

THTL said...

akhi Muhd,

dah banyak diperkatakan ttg thtl dan afn. sebenarnya, itu adalah pilihan syabab sendiri, mereka mahu afn bebas dari thtl. mereka mahukan 1afn=milik semua. dulu, afn 1.0 adalah thtl, maka mereka mmg mahukan afn 2.0 milik semua.

so, kita lihatlah apa yg budak2 muda tu boleh buat. jika mereka mahukan afn 2.0 tempat santai dan relax...laman web sosial, tempat main paintbatll, bowling ke, bukan serius dalam fiqih cam afn 1.0 dulu, kita kena respect apa yg depa mau...saya pun akan hijrah tak lama lagi...hehehe. apa yg berlaku, biarkan ia berlaku...tak usah pandang belakang. ana happy je dengan berbloggin' begini.