Kata al-Qarni, bagaimana berinteraksi dengan musuh yang menyakiti kita:
أن تَلْقَى منْ آذاك بِبِشر وبكلمةٍ لينةٍ ، وبوجهٍ طليقٍ ، لتنزع منهُ أتون العداوةِ ، وتطفئ نار الخصومِة
terj: Jika kita bersua dengan orang yang pernah menyakiti kita, maka sapalah dengan kata-kata yang lunak, dengan wajah yang berseri-seri (senyuman), mudah-mudahan lenyaplah punca permusuhan dan padamlah api pertelingkahan.Firman Allah SWT:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنْسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا
AQS al-Israa' 17:53 [Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia].
Kata Ibn Kathir, Allah memerintahkan orang beriman sepaya sedaya mungkin tutur kata dan penyampaian mereka di atas kebaikan dan kebenaran serta elakkan kata2 yang mengundang pertengkaran, permusuhan dan peperangan di kalangan sesama Islam.
Sebuah syair Arab:
كٌن ريِّق البِشْرِ إنَّ الحُرَّ شيمتُهُ صحيفةٌ وعليها البِشْرُ عنوانُ
terj: "Jadilah orang yang berwajah ceria, sebab orang yang merdeka adalah (umpama) lembaran-lembaran yg tertuang keceriaan"
2 comments:
assalamualaikum bos, bila nak smbg travelog usa ni? tertunggu-tunggu ni. he he
perang meletuslaa, kena serang dari pelbagai penjuru...nak tengok tempoh bertenang ni selama mana..hehehe
Post a Comment