Tuesday, March 13, 2012

Travelog USA 51: 1088, 27th Street DSM

peta google map Univ Drake, Des Moines (DSM)
Ikhwan Ames menghantar aku ke Mushalla (mini Pusat Islam) Des Moines di alamat 1088, 27th Street, amat dekat dengan kampus. Ia sebenarnya sebuah banglo yang diubahsuai menjadi pusat Islam. Ia tiga tingkat, tingkat atas di diami oleh beberapa pelajar Melayu, tingkat bawah, ruangan solat dan bilik Imam, dan basement atau bawah tanah yang luas. Kebanyakan rumah di Iowa wajib ada basement atau tingkat bawah tanah sebagai persediaan menghadapi puting beliung (twister atau tornado) yang agak kerap melanda negeri-negeri kawasan tengah amerika.
Aku menemui pelajar-pelajar tersebut, dan tiga orang semuanya yang menetap di Mushalla tersebut, namanya mereka Rashid, Che' Rahim, dan aku lupa seorang lagi, kesemua mereka adalah pengikut jamaah Tabligh (JT) dan sedang membuat pengajian dalam jurusan BBA. Aku dapat tahu kemudian, mushalla itu memang dikuasai oleh JT dan aliran yang paling kuat di Drake ialah JT. Ketuanya ialah bro. Saadon yang berasal dari Perlis. Bro Saadon menyewa sebuah banglo betul-betul berjiran dengan Mushalla. Manakala komuniti yang menguasai dan membiayai mushalla tersebut, aku dapat tahu kemudian ialah golongan profesional yang berasal dari Pakistan, India dan bangladesh. Nampaknya, realiti komuniti arab dan brothers MISG di Kalamazoo sudah berubah kepada komuniti India-Pakistani dan JT.
rupabentuk mushalla Des Moines (DSM)
Brothers JT amat seronok menerima kedatanganku dan mereka mempelawa aku menetap sementara di Mushalla tersebut bersama mereka sehinggalah aku menemui rumah sewa. Banglo tersebut sudah agak uzur dan ruangan solatnya tidaklah luas, boleh menampung dalam 70 jamaah sahaja. Aku tiada pilihan lain, melainkan bersetuju dengan pelawaan mereka walupun aku sebenarnya tidak berapa selesa dengan geng JT.  Ada dua bilik di atas, maka aku berkongsi dengan bro Nik dari Kelantan. Dia membuat BBA dalam bidang Perakaunan. Dia seronok bersama dengan pelajar MBA kerana dia mengharap aku dapat membantunya. Selepas, selesai memunggah baranganku, maka ikhwah dari Ames pun pulang ke rumah mereka, cuma 30KM sahaja dari DSM. 
Solat berjamaah di Mushalla tersebut tidak ada azan luar, azan cuma menggunakan PA dalam mushalla sahaja. Mungkin menjaga sensitiviti kaum majoriti. Presiden atau YDP Mushalla tersebut ialah Dr Abdul Waheed Khan yang berasal dari India, dia merupakan pensyarah di fakulti pertanian di Iowa State University di Ames, tapi beiau menetap di bandaraya DSM. Timbalannya adalah Dr Hamid Baig, doktor pakar di Broadlawn Hospital, DSM. Kebanyakan komuniti Pakistan dan India Muslim yang menetap di DSM adalah pensyarah perubatan di University perubatan DSM, pensyarah undang-undang di fakulti Undang-undang Drake dan doktor di Broadlawn Hospital, hospital terbesar di DSM. Dr Wahid Khan dan Dr Hamid selalunya datang pada waktu Maghrib, Isya' dan Fajar kerana mereka bekerja pada sebelah siangnya. Solat Jumaat juga diadaakan di mushalla tersebut dan khatibnya ialah Dr Wahid Khan sendiri dan bro Saadon dari JT. Pada sebelah malamnya, aku bertemu dengan Dr Wahid Khan. Dia nampak amat senang sekali bertemu denganku. ada chemistry antara aku dengannya...

Perkembangan ringkas di Malaysia. Suasana suram menyelubungi hubungan antaraku dengan ukhti A. Ini kerana pertunangan kami terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana aku tidak dapat pulang ke Malaysia sebaik saja tamat sesi pengajian di Kalamazoo tempoh hari. Keluarga beliau tidak dapat menerima sebarang alasan kenapa aku tidak dapat pulang sekejap untuk majlis pertunangan atau perkahwinan sekaligus. Aku amat sedih kerana tiada siapa yang memahami masalah yang aku hadapi, aku hampir kehabisan wang, kerana membiayai projek baik pulih rumah ibuku di kampung dan aku baru saja berpindah ke Des Moines. Aku perlu pakai duit yang agak banyak untuk mencari rumah sewa dan membeli sebuah kereta terpakai yang agak baik. Aku mendiamkan diri buat seketika dan merasakan hubungan kami akan putus bila-bila masa saja. Jika putus, maka aku memutuskan, aku tidak akan mencari calon baru hinggalah aku menamatkan pengajian MBAku...

TBC, hubunganku dengan Dr Wahid Khan

2 comments:

mohd said...

bro saadon JT dari Perlis?
rasanya dia ni skrg dah jadi Syura JT Perlis...
selalu juga jumpa dia ketika belajar di Unimap Perlis.

tak sangka yg bro THTL pernah tinggal bersama dgn beliau sewaktu di USA ..

:)

THTL said...

tak ada tinggal bersama, tapi pernah belajor bersama, satu Universiti.
dia ada isteri semasa di Iowa. isteri dia pakai Niqob lagi...