Peta USA dan kedudukan Iowa di tengah peta |
Iowa adalah jantung amerika atau America's heartland. Negeri pertanian, masyhur dengan jagung dan kacang soyanya dengan penduduk sejumlah 3 juta orang. Negeri penentu dalam pemilihan calon presiden Amerika yang amat sengit. Ibu negerinya ialah Des Moines
(sebutannya, Dimoi) dengan penduduk lebih kurang setengah juta. ia sebuah metropolitan yang besar.
Taman Botani Des Moines |
Antara mercu tanda Des Moines ialah Taman Botani Des Moines (antara taman botani tercantik dunia), ia menempatkan hampir kesemua flora dan fauna dunia termasuk tanaman dari Malaysia, paku pakis. Apabila aku pertama kali melawatnya, aku amat terkejut bila melihat banyak tumbuhan dari negara asia tenggara ada dalam taman ini.
Iowa capitol building |
Bangunan DUN Iowa juga merupakan mercu tanda Des Moines, di sinilah tempat persidangan DUN negeri Iowa dan termasuk bangunan berstatus heritej kerana hasil seni bina lama. Tersergam indah di Downtown Des Moines.
Di sinilah letaknya universiti Drake tempat aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana MBA. Ia mengambil nama sempena seorang tokoh pendidik terkena di Iowa.
University Drake adalah IPTS atau universiti swasta sepenuhnya berbanding dengan WMU di Kalamazoo dulu yang merupakan universiti IPTA atau milik kerajaan. Oleh kerana ia universiti private, maka jumlah pelajarnya amat kecil, sekitar 6500 pelajar sahaja utk keseluruhan kampus. Kerana kedudukannya dalam kawasan metropolitan, maka saiz keluasan universitinya jauh lebih kecil berbanding universiti di Kalamazoo dulu. University Drake terkenal dengan program Undang-undangnya kerana antara university tertua di Amerika yg menawarkan jurusan undang-undang. Oleh kerana aku mendapat notis tiga hari untuk mendaftar dari kalamazoo dan pula tidak ada kontek langsung dengan sesiapa di Des Moines, maka aku tawakkal saja datang ke Des Moines. Ikhwan dari Ames mencadangkan aku singgah di Pusat Islam Des Moines atau mesjid berdekatan Drake University untuk merisik khabar mengenai rumah sewa..
Logo Drake U |
No comments:
Post a Comment