Friday, March 2, 2012

La Tahzan 155-X Renungan Sejenak, وقفةٌ


Perihal penawar mujarab untuk menghilangkan gundah dan gulana

Kata al-Qarni:
أما دعوةُ ذي النونِ ، فإنَّ فيها منْ كمالِ التوحيدِ والتنزيهِ للربِّ تعالى ، واعترافِ العبدِ بظلمهِ وذنبه ، ما هو منْ أبلغ أدويةِ الكربِ والهمِّ والغمِّ ، وأبلغ الوسائلِ إلى اللهِ سبحانه في قضاءِ الحوائجِ فإنَّ التوحيد والتنزيهَ وتضمَّنانِ إثبات كلِّ كمالٍ للهِ ، وسلب كلِّ نقصٍ وعيبٍ وتمثيلٍ عنه

terj: Menyoroti akan doa Zun Nuun (Nabi Yunus bin Matta AS): 

 لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri)

Doa ini mengandungi:
  • kesempurnaan Tawhid
  • penyucian diri hamba kepada Allah
  • pengakuan hamba akan kezaliman diri dan dosa yang dilakukannya
  • penawar sempurna untuk menghilangkan kesedihan
  • wasilah terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah....
dengan itu Allah akan mengabulkan segala permintaan kita  kerana tawhid dan penyucian (tanzih) terhadap Allah bermaksud ithbat (penetapan) segala bentuk kesempurnaan bagi Allah dan penghapusan segala bentuk kekurangan, aib dan penyerupaan dengan-Nya (Tawhid Asma' was-Sifaat).

2 comments:

pendekartua said...

Apa khasiat doa Zun Nuun menurut hadis yang sahih?

THTL said...

ada dalam tafsir Ibn Kathir, tafsir surah anbiya', ayat 87. Hadith Saad bin waqs. "siapa yg berdoa dengan doa Yunus ini kerana sesuatu hal, akan dikabulkan." (lidwa 3427)