Pintu Gerbang ke Bandaraya Jazan city |
Pada 16 Jan 2012, saya menerima tawaran Jazan University (JU) sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Business dan Pengurusan. Prof Ali kemudiannya berkata surat tawaran resmi dari Kementerian pengajian Tinggi akan di hantar ke kedutaan Saudi di Malaysia. Ia mengambil masa dan saya harus bersabar menunggunya.
Pada 27 Februari 2012, barulah Jazan Universiti memberitahu, tawaran resmi Jazan U telah pun dihantar ke kedutaan Arab saudi di KL. Ini bermakna pihak berwajib arab saudi mengambil masa 1 bulan setengah untuk mengeluarkan tawaran resmi tersebut. Salinan asal surat tawaran itu juga discan dan dihantar kpd saya melalui e-mail. Saya download surat tawaran tersebut (dalam bahasa arab sepenuhnya) dan mencetaknya dua salinan, saya cuma faham separuh saja kerana mutu scan yg tidak baik.
Pada kesokan harinya, 28 Feb. Saya bergegas ke pejabat Kaunsilor Arab Saudi di Jalan Ritchie, Kuala Lumpur untuk mengesahkan samada tawaran JU sudah benar-benar sampai. Saya sampai di pejabat Kaunsilor jam 11:00 pagi. Selepas melepasi kawalan sekuriti, saya memasuki pejabat, kena mendaftar sekali lagi dengan resepsionis, seorang perempuan. Dia bertanyakan tujuan kedatangan saya. Saya bilang urusan bekerja di Saudi, maka dia suruh saya jumpa En Ali. Pejabat En Ali ni adalah pejabat pertama selepas meja resepsionis. Saya ketuk pintu, beri salam dan suara dari dalam bilik menyuruh saya masuk. Saya ucapkan terimakasih dan En Ali bertanyakan tujuan saya datang. Saya cakap urusan pekerjaan di Saudi lalu menyerahkan surat tawaran JU kepada beliau. Beliau mengambil surat tsb dan menyuruh saya duduk. Kemudian dia membuka almari fail dan mengambil sebuah fail. Aku merasa lega kerana surat tawaran dari Kementerian pengajian tinggi saudi memang sudah sampai ke pejabat Kaunsilor dan berada dalam fail tersebut. En Ali merasa hairan dengan nama saya dan menghadapi kesukaran untuk menyebutnya. Dia bertanya apakah aku warga Malaysia aku jawab ya. Tuan Hassan tu dalam bahasa arabnya ialah syed Hassan. Barulah beliau faham. En Ali memberi sekeping surat yang mengandungi apa yang patut saya lakukan yaitu 4 perkara:
1. pemeriksaan kesihatan
2. pengesahan semua sijil. Jika sijil lepasan luar negara mesti disahkan oleh badan persijilan negara tersebut.
3. sijil perilaku baik (certificate of good conduct dari Wisma PutraJaya)
4. sijil pengesahan majikan yang terakhir.
En Ali kata bila lengkap 4 perkara ini bawa semua dokumennya dan datang balik ke pejabatnya secepat mungkin untuk urusan urusan cop Visa dan urusan tiket kapalterbang.
1 comment:
tu dia..part yang ni tak pernah tau pun? hehe..barakallah
Post a Comment