Takhrij hadith:
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
(HR Bukhari, no 7) : Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Musa dia berkata, telah mengabarkan kepada kami Hanzhalah bin Abu Sufyan dari 'Ikrimah bin Khalid dari Ibnu Umar berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Islam dibangun diatas lima (landasan); persaksian tidak ada ilah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, haji dan puasa Ramadhan".
Kefahaman Maqlubah dari hadith ini:1. Islam mencakupi lima perkara teras sahaja: syahadah, solat, zakat, Haji dan puasa, maka kewajipan asas yang lain tidak disebut, antaranya jihad, berbakti kepada kedua ibubapa, isteri berbakti kepada suami, menghubung silaturahim, menuntut ilmu, dsbnya.
2. Lima asas ini sudah mencukupi tanpa perlu menambah yang lain
3. Jihad bukan sebahagian dari Islam.
4. Politik dan Pemerintahan juga bukan sebahagian dari agama.
5. Amar makruf nahi mungkar, dakwah dan islah/tajdid agama juga bukan dari agama.
Jawapan syaikhul Islam Imam Ibn Taymiyah:
1. Lima asas ini ialah asas ubudiyah (perhambaan) manusia kepada Allah ke atas seluruh manusia tanpa kecuali.
2. Kewajipan-kewajipan yang lain bergantung kepada keadaan tertentu, maka ia tidak wajib untuk semua orang.
3. Kewajipan seperti jihad, amar makruf nahi mungkar, politik, hukum-hakam, fatwa, dakwah dan pendidikan boleh menjadi fardhu kifayah sahaja ke atas sebahagian umat.
4. Kewajipan menghubung silaturahim, hak-hak suami-isteri, jiran dan sahabat handai, rakan kongsi, fakir-miskin, dan kesaksian, ia wajib dengan sebab-sebab tertentu pada sesetengah orang dan tidak pada sesetengah yang lain, berat atau ringan kewajipan juga bergantung kepada individu.
5. Begitulah ada kewajipan yang dilakukan untuk mendapat kebaikan dan menolak mudharat atau kewajipan yang dapat dilakukan oleh segelintir berbanding dilakukan oleh ramai orang atau wajib kepada individu tertentu dan tidak wajib kepada individu yg lain. (Majmu` Fatawa lil syaikhul Islam, 7:314-316)
Rumusan: Hadith Islam dibina atas lima perkara bermaksud, itu adalah lima asas agama Islam yang wajib atas semua, itupun zakat dan Haji gugur jika mereka termasuk orang yang tidak mempunya pendapatan yang mencukupi. Manakala kewajipan agama yang lain terutamanya jihad, politik, dakwah dan mencegah kemungkaran adalah wajib atas sebahagian umat sahaja. Maka lima asas ini cuma kerangka agama, namun kewajipan-kewajipan yang lain merupakan content atau isi agama yang dipenuhi sesuai dengan keadaan dan kemampuan seseorang. WA
No comments:
Post a Comment