Monday, March 26, 2012

Membedah otak Poligamis 3/akhir

Luahan hati poligamis seputar kawalan ketat isteri ke atas pergerakan suami:

Walaupun kesan fizikalnya sama, yang “buat kacau” ialah “SEBAB mengapa dia keluar rumah”.
mengubah hati isteri supaya rasa tenang dan gembira apabila suami meninggalkan rumah kerana menggiliri isterinya yang lain.
 Syarak TIDAK memberikan sebarang “authority” kepada isteri untuk “mengawal” pergerakan suami selama mana suami tidak bergerak dengan tujuan untuk melakukan kesalahan
isteri TIDAK AKAN dipertanggung jawabkan de depan Allah Taala di Mahsyar nanti atas segala betul salah pergerakan suaminya.
Komen: Itu antara luahan poligamis yang agak mengejutkan kita sebagai monogamis. Rupanya isteri-isteri poligamis amat mengontrol pergerakan suaminya, yakni keluar masuk rumah.
Jawapan kita: kalau dah buat jadual giliran yang adil dan saksama, kenapa pulak ada isu kawalan ketat isteri-isteri? Kawe rasa, ini bukan isu giliran tapi kerana bini-bini tidak duduk dalam radius yang menasabah utk memudahkan jadual giliran , misalnya bini terletak di PJ atau shah alam atau subang jaya kelang, ini mmg dalam radius yg menasabah. Kalau bini-bini anda ada di KL, ada di KB dan ada di Sabah, maka mungkin betuller kebimbangan dan kawalan ketat isteri-isteri tu sebab jarak nya terlalu jauh. Lagi satu, bini no dua tu janganlah pulak anak dara sunti, sedangkan isOne dah dekat menopause. Maka sudah tentulah depa akan cemburu yg melampaui batas...giler dibuatnya.

Bagi suami-suami monogami, isu isteri terlalu mengawal ketat pergerakan suami adalah isu salahfaham dlm hakikat "Men from mars and women from venus aja". Memang secara lazimnya, semua lelaki normal baik anak lelaki atau suami memang pantang dipantau dan ditanya ke mana dia nak pergi bila dia bersiap-siap. Lelaki ni kalau boleh jangan ada yang tanya ke mana dia nak pergi. itu memang fitrah lelaki. Dalam hal ini, isteri kena balance dan kena tahu bila nak tanya dan bila tak yah tanya dengan cara melihat cara pemakaian dia dan cara dia bersiap utk keluar.

Rumusan: 
1. Isu suami poligamis kena kontrol pergerakan oleh isteri2nya adalah isu keadilan dalam memberi giliran bersama.
2. isu suami monigamis kena kontrol pergerakannya oleh isteri adalah isu fitrah lelaki yang berbeda dengan perempuan. suami tak nak dikontrol dan dipantau, manakala isteri suka kawal dan pantau kerana dia teramat sayangkan suaminya.

TD, poligami bukan lifestyle. Poligami adalah ubat sosial masyarakat dan oleh kerana ia ubat, ia perlu di ambil atas nasihat doktor sahaja. macam viagra, tak semua orang boleh beli dan telan je...Poligami tak payah promosi sebab ia akan menyedihkan kaum wanita, ibu anda, adik perempuan anda, anak perempuan anda dan cucu perempuan anda..pak mertua anda dan mertua anda pun akan sedih...Ini Malazia bukan kingdom of saudi arabia.hehehe

No comments: