southridge Mall DSM, entrance JC penney |
Ada dua wanita yang menarik perhatianku dan memberi kesan dalam hidupku kemudiannya.
Pertama: Jenifah gadis Shah Alam. Dia pelajar jurusan perakaunan (BBA) tapi mempunyai teman lelaki mat saleh dan seorang lagi N, pelajar MBA bersamaku. Jenifah, atau panggilannya Jen berjaya mengIslamkan teman lelakinya dan diIslamkan di Mushalla Drake oleh Dr Waheed Khan dan dr Hameed Beig. Nama asalnya Mark Stevens dan kemudian dia mengguna nama Mark Mohammad Syukor Stevens. Mereka berdua pulang sekejap ke Malaysia untuk urusan perkahwinan mereka. Yang agak signifikan pasangan ni ialah ketinggian saiz fizikal si Syukur, dengan ketinggian 6 kaki 4 inci, sedangkan Jen ni kecik molek orangnya. jika mereka berjalan di kampus, kepala Jen tu cuma paras dada Syukur je. Aku berkawan rapat dengan Syukor, banyak mengajarnya pasal Islam dan aku akan ceritakan kemudian, banyak kenangan manis bersamanya. Dia kerap solat di Mushalla dan dia agak rapat denganku. Selepas mereka tamat pengajian di Drake, pasangan itu pulang ke Malaysia, Jen dok di Shah Alam dan bila aku tamat pengajian dan juga pulang ke Malaysia, kami berjumpa di Shah Alam ketika aku mendaftar menjadi Pensyarah UiTM (dulu ITM) dan Mohd Syukur merasa tertekan dengan layanan dan birokrasi kerajaan Malaysia kepadanya dan beliau masih belum dapat status PR dan kena membaharui paspot setiap 3 bulan. Kerana tak tahan dan tertekan, beliau akhirnya berhijrah ke Arab Saudi bersama isterinya. Sampai sekarang aku tidak mendengar khabar beritanya.
N pula memang cantik dan glamer, antara pelajar melayu paling glamer di Drake. Ramai mat saleh yg minat kat dia. aku cuma tengok jauh-jauh ajela sebab dia ni "free hair". Aku risaukan kat N ni sebab dia duduk serumah dengan pegawai universiti Drake yang bekerja di International Student Center (Pusat Pelajar Antarabangsa) sebagai anak angkatnya. Aku risau dia akan didakwah dgn propaganda kristian. aku cuba dekati dia dan nasihat supaya berhati-hati. Dia jawab, dia tahu jaga dirinya. Selepas graduate, aku tidak dengar khabar beritanya. tapi menakjubkan bila aku kerja di TM, rupa-rupanya dia juga kerja dengan TM, satu bangunan, selang beberapa tahun kemudian, aku dan N kerja di bawah satu jabatan. Tapi dia dah bersuami dan ada anak. N (mintak maaf), masih bekerja di menara TM. antara permintaannya ialah supaya aku mengaktifkan alumni Drake University dan mengujudkan website atau mailing list untuk Drake alumni. Sampai sekarang, aku masih belum laksanakan, almaklumlah masa di TM, aku tengah sibuk dengan afn...
No comments:
Post a Comment