Contoh rumah di Cottage Groove avenue |
Selepas 3 minggu menetap di Mushalla (27th Street), akhirnya aku berpindah ke sebuah rumah di alamat 2625 Cottage Groove, No 3. Aku berpindah dengan budak-budak Tabligh yang menetap di Mushalla tersebut. Ada seorang lagi, Muhd H dari Kelantan, pelajar tajaan MRSM. Sebab utama aku berpindah dari mushalla kerana inginkan 'privacy' dan aku menghadapi kesulitan berkomunikasi dgn ikhwan dari seluruh USA. Ini kerana sebarang percakapan telefon di situ akan menimbulkan tandatanya. Ini kerana aku banyak kena buat panggilan telefon baik ke seluruh USA dan juga kadang-kadang ke Malaysia (pimpinan IM).
Off-topic:Yang menarik dengan bro Muhd H ialah selepas lama tidak bertemu dengannya selepas berpisah dari Des Moines bertahun-tahun tanpa khabar berita, masing-masing membawa haluan sendiri di Malaysia, Allah izin, ketika aku ingin mendaftar anak sulongku ke MRSM Melaka, tiba-tiba yg muncul pada sesi taklimat untuk ibubapa pada hari pendaftaran ialah Muhd H, dia adalah Timbalan pengetua MRSM Melaka (kampus Trendak)...memang kecil sungguh dunia ni. Maka segala urusan anakku di MRSM melaka mmg tip-top, kecuali ada sedikit salah faham dengannya (yang tak perlu diceritakan di sini).
Aku duduk satu bilik dengan Bro Rashid, JT.
contoh dalam bilik. setiap bilik mesti ada pemanas utk musim sejuk |
Cottage Groove Avenue ni cuma seberang jalan saja dari Mushalla, kata orang tu, sepelaung je dari Mushalla. Maka senanglah kami ke mushalla khususnya utk maghrib, isya' dan subuh, hanya beberapa meter saja dari mushalla.
Akhirnya aku membeli kereta Chevrolet 3.2 Liter dari seorang pelajar Malaysia yg tamat tempoh pengajiannya, bro Mat T. Sekarang dia bertugas dengan Jakim, beliau menetap di banglo yang betul-betul di tepi mesjid. Kereta ni masih bagus dan memang sesuai utk perjalanan jarak jauh kerana injinnya yang besar dan berkuasa tinggi. Selepas beliau mengosongkan rumah tsb, Saadon, amir Tabligh pula yg mengambil alih rumah tersebut kerana lokasinya yg berjiran dengan mushalla.
Setiap minggu aku akan ke Ames (lebih kurang 40 KM) kerana di sana ramai Ikhwan belajar di Iowa State Universiti, antara universiti yang glamer di Iowa. Di sana aku mengendalikan usrah kepimpinan dan ijtima' mingguan untuk ikhwah Ames. Manakala di Iowa City 175 KM dari Des Moines ialah terletaknya University of Iowa, dan menetap di sana ialah Presiden MISG, persatuan Islam pelajar melayu terbesar di USA, Dr Wan Hasni (sekembali ke Malaysia beliau menubuhkan Abrar group of companies). Bezanya dia sedang menyiapkan tesis phD dan aku baru memulakan program MBA.
No comments:
Post a Comment