Saturday, March 24, 2012

Hijrah ke KSA 2: Interview via Skype

Projek mega di Jazan water front (projek ben Laden group)
28 Disember 2012, Jaami'ah Jazan (JU) bersetuju menemu-duga saya melalui sidang live video via skype. Ia ditetapkan pada 3 Januari 2012 pada 6:30 pagi waktu Saudi dan 10:30 waktu Malaysia. JU hanya di wakili oleh Dr Ali, VP Pembangunan (kalau kat Malaysia, sama dengan Timbalan Naib Canselor). Saya tidak pernah menggunakan skype sebelum ini. M aka saya membuat kursus segera dengan anak-anak saya yang rupanya sering menggunakan skype. Maka saya pun create akaun skype dan mencuba membuat sidang video dengan anak saya yang berada di Johor. 
Pada tarikh dan jam yang dipersetujui, saya membuka NB saya dan menunggu panggilan skype dari JU dengan penuh debaran. Bila skype diaktifkan, jeng jeng, muncullah wajah Dr Ali, orangnya masih muda, rambut masih hitam, berjanggut dan berjambang, ketika itu beliau baru saja selesai solat subuh dan cuma pakai baju T-shirt putih sahaja. Ia berlangsung selama 25 minit dalam dwi bahasa, arab dan english, intro saja dalam arabic. Mula-mula kami taaruf ringkas, beliau mendapat pendidikan ijazah pertama dan kedua di England dan phD dari Canada. English beliau amat fasih dan slang arabnya amat sedikit bila dia bercakap dalam bahasa Inggeris. Dr Ali bertanyakan pengalaman saya terutamanya pengalaman 7 tahun terakhir kerjaya bersama TM (apa yg saya buat di TM).  Seterusnya pasal jenis kerja yang bakal dilaksanakan di JU. Kemudian kami negotiate pasal gaji. Kemudian sebelum berakhir, saya tanya, apa peluang saya hasil dari interview tsb. Dr Ali dengan nada senyum berkata, beliau amat cenderung untuk membawa saya ke JU, Namun dia perlu mendapatkan mandat dari AJK pengambilan tenaga pengajar expatriate JU dan minta saya bersabar dalam 2-3 hari.
Selang dua hari, Dr Ali menghantar e-mail pada 5 Januari dengan berita gembira yakni surat  tawaran resmi dari JU, bahawa" sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menyertai JU, telah diluluskan, berikut adalah syarat-syarat dan termanya..bla bla.."
Saya membalas balik e-mail tersebut dengan mengucapkan jutaan terimakasih dan minta tempoh 2 minggu untuk membuat istikharah dan merujuk kaum keluarga terdekat. Beliau bersetuju dan memberi tempoh 1 bulan untuk saya memikirkan dan memberi jawapan muktamad samada menerima atau menolak tawaran JU.

2 comments:

Unknown said...

tahniah syeikh. kalau ada lubang kosong, bagitau ana :D

THTL said...

Z,

kalau enta minat jadi lecturer dan ada at least master's degree...mmg boleh datang Jazan. Tapi kalau enta kelulusan engineering dan dah kerja dalam OnG (shell), maka tempat enta ialah di Khaleej nun (dubai, qatar, abu dhabi, dhamman)

apa pun biar ana pergi tengok dulu Jazan ni camna, ana dah tengok cuaca Jazan, panas sepanjang tahun, tak ada 4 musim (tak ada musim sejuk), cuaca panas ekstrim pada sekitar ramadhan

apa pun Z kena sentiasa contact ana di
thtl08@gmail.com