Sunday, March 4, 2012

Hadith Dha'if seputar Seks 1


Ia bebenang hasil cetusan Doc Abulwafaa (Australia) di afn 1.0 (pada Mei, 2009)
Ia percubaan menghimpunkan sebanyak mungkin hadith-hadith dan atsar seputar seks yang beredar di kalangan masyarakat. Maka ia akan disambung dalam blog ni.
Ini adalah rangkuman himpunan yang berjaya di kumpul setakat ni.


Hadith no 1: Larangan berbogel ketika hubungan seks

عَنْ عُتْبَةَ بْنِ عَبْدٍ السُّلَمِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ فَلْيَسْتَتِرْ وَلَا يَتَجَرَّدْ تَجَرُّدَ الْعَيْرَيْنِ

[Apabila seseorang di antara kamu mendatangi isterinya (untuk jima') maka hendaklah dia menutup badannya dan tidak bertelanjang seperti dua ekor keldai liar."] dari jalur `utbah bin `Abd al-Sulami
HR an-Nasa'iy dan at-Tobrani dari Abdullah bin Sarjas; Ibn Majah, dan Tobrani dari `Utbah bin `Abd;  Ibn Abi Syaibah, at-Tobrani, al-Bazzar, al-Baihaqi dan al-Khaatib al-Baghdadi dari Ibn Mas`ood; Juga dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dari Abi Qilabah secara mursal.
Tahqiq:

الراوي:عتبة بن عبد السلمي المحدث:الألباني - المصدر:آداب الزفاف- الصفحة أو الرقم:37
خلاصة حكم المحدث:في إسناده الأحوص بن حكيم، وهو ضعيف وله علة أخرى وهي ضعف الراوي عن الوليد

Piawaian al-Albani dlm Adabul Zifaaf, ms 37, dalam rantaiannya ada dua perawi dha`if: al-Ahwash bin Hakiim dan al-Waled bin al-Qasim al-Hamdani.Yang benar, berbogel ketika jima' tidak dilarang.
20046 - حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا يحيى بن سعيد وإسماعيل بن إبراهيم عن بهز قال حدثني أبي عن جدي قال قلت : يا رسول الله عوراتنا ما نأتي منها وما نذر قال احفظ عورتك الا من زوجتك أو ما ملكت يمينك

Dari jalur Bahz bin Hakim dari ayahnya, dari atuknya, yang bertanya Rasulullah saw , " Manakah aurat yg boleh kami tutup dan buka?" sabda baginda," Peliharalah auratmu, kecuali terhadap isterimu dan hamba sahayamu." Ahmad, no 20046, kata syaikh al-Arnauth, hadith hasan.

No comments: