Wednesday, March 7, 2012

Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle (18) ali Imran

Asbabun Nuzul
`Ali Imraan 3:21
------------------------------
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الِّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

terj: AQS ali Imraan,03:21 [Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memamg tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka bahwa mereka akan menerima siksa yang pedih].

asbabunnuzul:
قال أبو العباس المبرد: كان ناس من بني إسرائيل جاءهم النبيون يدعونهم إلى الله عز وجل فقتلوهم، فقام أناس من بعدهم من المؤمنين فأمروهم بالإسلام فقتلوهم؛ ففيهم نزلت هذه الآية

Terj: Berkata Abu al-`Abbas al-Mubarrid (w. 286H, Basrah) ia mengenai sebahagian dari Bani Israil bila diutuskan nabi-nabi yang menyeru kepada Allah (Islam), mereka membunuhnya, jika ada sebahagian dari mereka yang beriman dan menyeru mereka kepada Islam, mereka dibunuh. Kerana itulah turunnya ayat ini.
Ulasan:
Syamil mendakwa ia dipetik dari at-Tafsir alWajiz, yakni karya Dr Wahbah az-Zuhaili. Yang sahih ia berasal dari Tafsir al-Qurthubi. Sebab nuzul ini hanya dari kata-kata al-Mubarrid sahaja. Maka ia adalah mursal (dha`if).

No comments: