western michigan university at Kalamazoo, MI |
kenduri dengan komuniti Arab dari Iraq di Kalamazoo dan komuniti pelajar arab saudi (KSA). Memang sungguh tidak disangka sekali begitu hebat mereka meraikan perpisahan denganku. Makanan yang disediakan begitu hebat sekali, steak, kambing panggang dan pelbagai juadah dari resepi Timur Tengah. Kemudian mereka menghadiahkan satu set pakaian arab lengkap dengan smagh (serban), igal dan jubah arab. Sungguh hebat sekali layanan dari komuniti arab di Kalamazoo.
Fakulti Haworth, Kolej Bisnes yg agak berpresij di USA |
Akhirnya aku menamatkan pengajian peringkat BBA (bachelor in business administration), dalam pengkhususan Sains Pengurusan dari Haworth Business School, WMU. Aku juga berjaya mengambil ujian GMAT dengan memuaskan. Dua tahun genap aku menetap di Kalamazoo dan alamat terakhir aku di sini ialah no 100, Western Avenue, Kalamazoo, Michigan. Aku merasa puas dengan pencapaianku di Kalamazoo, aku telah mengukuhkan kedudukan Brotherhood di kalamazoo, dengan jumlah kekuatan sebanyak 13 akhowat dan 5 ikhwan. Kepimpinan Kalamazoo akan diambil alih oleh bro KM dan dibantu oleh SA dan isterinya.
Perkembangan di Malaysia?Tidak banyak berita baru, keluarga ukhti A, masih bersikeras meminta aku balik ke Malaysia untuk urusan peminangan dan perkahwinan. Ini amat mengecewakan diriku kerana apa yang dirancang semuanya serba tak menjadi. Perkahwinan mudah di USA nampaknya tidak kesampaian. Aku dan ukhti A terus berutus surat mentyurat saja. Oleh kerana aku tiada pilihan lagi, maka aku mengorak langkah untuk pulang ke Malaysia, dijangka pada hujung tahun nanti, sekitar November. Ada masalah besar, keadaan rumah milik ibuku di kampung sedang uzur dan perlu dibaikpulih jika aku ingin melangsungkan perkahwinan di Malaysia. Maka ibuku mengutus berita bahawa dia perlukan budget dalam RM 30K untuk membaikpulih dapur dan membuat sebuah lagi bilik untuk pengantin baru. Ini kerana ibuku adalah ibu tunggal yang masih perlu menyekolahkan dua lagi adikku (keduanya lelaki). Maka setiap bulan, aku bank-in duit kepada kakakku untuk projek baikpulih rumah tersebut. Oleh kerana aku adalah pemegang biasiswa pensyarah muda UiTM, maka gaji tutor ku sudah dibayar oleh UiTM. Maka dengan duit gaji inilah yang aku bank-in untuk projek tersebut. Sebenarnya, duit itulah juga yang aku perlukan untuk kos tambang pulang ke Malaysia dan segala kos perkahwinan nanti. Tapi oleh kerana ia sudah digunakan untuk projek baikpulih rumah ibuku, maka akhirnya aku kehabisan wang. Untuk itu, semasa semester terakhir di Kalamazoo, aku bekerja dengan universiti sebagai maintainance crew, membersihkan kawasan kantin dan asrama universiti. Gajinya ialah USD8.00 satu jam. Dibayar double jika kerja hari cuti dan hujung minggu. Ini semua semata-mata untuk mencari duit lebih untuk mengumpul dana tsb. sempatlah 2 bulan kerja, selalunya sebelah malam, bila premis universiti akan ditutup.
No comments:
Post a Comment