Thursday, March 15, 2012

Travelog USA 52: Dr Abdul Waheed Khan

Kampus Drake U-semester Musim Luruh (Fall)
Pertama kali aku menemui Dr Abd Wahid Khan, selaku YDP atau Nazir Mushalla Des Moines. Umurnya sekitar lewat 40'an tahun. Beliau memiliki tiga orang anak, kesemuanya perempuan. beliau berasal dari India dan berhijrah ke USA tahun 1981. Bekerja sebagai pensyarah di Iowa State University, antara university berasaskan pertanian terbaik di Amerika. Mempunyai tiga orang anak perempuan. menariknya, anak sulongnya berkahwin dengan pelajar Drake, yang bernama Abdul Halim yang berasal dari Melaka. Beliau baru saja ke Malaysia satu family untuk majlis perkahwinan anaknya di Melaka. Abdul Halim baru saja menamatkan pengajiannya di Drake dan Dr Waheed nampaknya akan kehilangan anaknya kerana Abdul Halim tidak mahu menetap di Amerika. Anak-anak daranya memang cantik, keturunan Bollywood katakan. Keturunan Khan dari India ni sama dengan shah rukh khan laa. Nampaknya dia sedang mencari calon untuk dua lagi anak daranya..hehehe.
Dia senang sekali dengan pelajar Malaysia kerana memakmurkan mushalla dan mengalu-ngalukan siapa saja pelajar dari Malaysia untuk menetap sementara di mushalla tersebut sehingga mereka berjaya mendapatkan rumah sewa. Rumah sewa di Drake agak sukar juga, kerana kebanyakan rumahnya adalah banglo dan ia perlu berkongsi. Tuan rumah atau landlord agak cerewet. Cuma ada lebih kurang 50 orang pelajar Melayu sahaja di Drake, cuma separuh aje yang Islamis, yang lain hidup agak longgar dan muncul hanya hari Jumaat sahaja. Kebanyakan pelajar Melayu di Drake adalah dari golongan berada dan banyak juga yang memandu kereta sport seperti Grand Am, Ford mustang dan Camaro (tiga jenama kereta sport idaman amerika)
Pada suatu malam, entah macam mana, Dr Wahid menolak aku naik menjadi Imam solat. Pertama kali aku jadi Imam solat utk ahli qaryah dan selepas itu Dr Wahid Khan terus mengumumkan, "dear brothers, well, it's look like we gonna have a new ecxciting young imam  (nampaknya tuan-tuan, sedara sekelian, kita dah ada Imam yang baru yang menarik). Mungkin dia impress  kot dengan stail tartil bacaanku. Dia juga mahukan aku menjadi khatib Jumaat. Yang menariknya, aku menggunakan teks khutbah Jumaat dari mesjid Kalamazoo., khutbah bersiri juga. Komuniti Arab tidak kelihatan di mushalla tersebut kecuali 5-6 orang pelajar dari Iran.  Aku pun hairan juga kemanakah pelajar2 arab? Kebanyakannya adalah pelajar melayu dan warga kerja profesional bangsa India dan Pakistan.  Amir JT, bro Saadon juga yang selalu menjadi Imam, entah macam mana, selepas itu dia tak mahu lagi menjadi Imam solat. Maka aku sudah menjadi Imam Rawatib (mam regular) dan menjadi khatib bergilir-gilir tiga orang, Dr Wahid Khan dan bro Saadon. Tapi selepas itu Saadon pun menarik diri, kebanyakan slotnya diserahkan kepadaku. Mungkin JT tak selesa dengan mimbar, kerana lebih selesa dengan bayan gamaknya.
Akademik
Aku mengambil 3 matapelajaran saja untuk semester pertama (Fall semester) kerana aku tidak mahu laju sangat kerana sedang menunggu kedatangan Miss A dari Malaysia yang sedang berusaha keras mencari biasiswa. Aku baru saja mendapat surat dari pihak  pentadbiran Drake, ukhti A sudah berjaya diterima masuk ke Drake. Alhamdulillah.
Aku masih menetap di Musalla Drake. Oleh kerana ia memiliki dapur yang lengkap, maka kami dgn brothers JT yang lain, bergilir-gilir memasak. Musalla ini juga popular sebagai destinasi utama laluan JT berdakwah ke seluruh USA dan banyak syaikh-syaikh JT berbangsa India, Pakistan dan Arab yang membuat ijtima' dan jaulah di musalla ini. Untuk ikram mereka, maka terpaksalah aku duduk bersama sambil memanfaatkan ilmu-ilmu yang berguna. Kebanyakan mereka banyak menggunakan hadis-hadis dari Riadhus Solihin. Dr Wahid Khan rupanya bukan JT tapi dia meraikan semua orang sebagai YDP. Namun, aku nampak dia merasa amat gembira dengan kehadiranku, khususnya dia senang dengan khutbah yang aku sampaikan. kemudian aku ujudkan pula siri kuliah di musalla tersebut, kuliah pertama ialah kuliah Tafsir Fi Dzilal al-Qur'an. Aku juga memberi kuliah maghrib, 2-3 kali seminggu. Jumlah kehadiran komuniti tempatan naik mendadak termasuk warga Iran Des Moines termasuk bro Hamid yang membuka ladang ternakan di Ames. Seminggu  sekali, Dr Wahid akan membawa aku kerumahnya untuk makan malam. rasa risau juga dengan layanan istimewa beliau. bukan apa takut termakan budi.. Manakala isteri DrWahid pun juga nampak senang dengan kehadiranku dalam keluarga mereka.
Buat masa ini aku belum lagi membeli kereta, kerana jarak antara musalla ke kampus amat dekat sekali. Lagipun brothers JT dan Saadon ada kereta, maka aku akan menumpang kereta mereka kalau hendak ke Mall.

2 comments:

pendekartua said...

Kalau THTL tak diikat secara tak rasmi dengan ukhti A, bolehlah menikah dengan dengan anak dara Dr. Wahid. Tak payahlah susah cari rumah sewa.

THTL said...

memang betul,
anak dara Dr wahid tu mmg macam bollywood...budak2 JT pun mmg dok rapat dengan Dr Wahid sebab nak tackle anak dara dia...bila ana dapat tau, geng JT dah minat, ana pun kasi can kat depa laa, sebab depa mmg nak pi India pon..kohkoh