Buku #6:
Jodol Malaysia: Perselisihan dalam Syariat Islam
Pengarang: Dr Abdul Karim Zaidan, Iraq (sekarang menetap di Yaman)
Jodol asal: al-Ikhtilaaf fii al-Syari`ah al-Islaamiyah ( الاختلاف في الشريعة الإسلامية ) للدكتور عبد الكريم زيدان)
Manhaj Penulis: Ikhwan Muslimoon
Genre:Usyul
Kategori: Arab, terjemahan Melayu
Penerbit asal: Mu'assasah al-Risalah, Damsyiq (1988)
Penerbit M'sia: Pustaka Salam (2003)
Penterjemah: Team Penterjemah, Pustaka Salam
PDF/e-Book: Tiada
ms: 61 saiz: 13cm X 18 cm
Harga RM3.80
======================Sinopsis
Muqaddimah: makna khilaf dan Ikhtilaf. Imam Ibn Taymiyah mengatakan maksud khilaf dan ikhtilaf adalah sama=pertentangan yg saling menyalahi dan berlainan.
Bab 1: Perselisihan tidak dapat dielakkan dalam ummah
Perselisihan berlaku kerana tabiat manusia, juga kerana ia sesuatu yg tidak dapat dielakkan. Apa yang perlu dilakukan ialah bagaimana mengurus perselisihan supaya ia dalam batas-batas yg dibenarkan dan tidak menyeluruh dalam umat
Bab 2: Jenis2 Perselisihan:
- Perselisihan yang dicela (dalam urusan membawa kpd kufur dan bid`ah)
- Perselisihan yg dipuji (menyelisihi orang kafir)
- Perselisihan yang dibenarkan (yg berlaku di kalangan mujtahid, fuqaha' dan Ilmuan)
- Perselisihan yang tidak dingini walaupun di benarkan
- Seputar maksud 'perselisihan umatku adalah rahmat"
- Betul atau salahnya para mujtahid dan kebaikan kpd diri mereka dan umat.
- sikap ghuluw atau melampaui (melebihi batas kebenaran)
- Hawa nafsu (inginkan populariti dan ingin mengatasi lawan-lawannya)
- Kejahilan
- kaedah-kaedah penafsiran nas
- status hadith di sisi mereka
- penerimaan sumber hukum sebagai dalil fiqh
No comments:
Post a Comment