Wednesday, March 21, 2012

Hadith Dha'if seputar Seks 7

Hadith no 11: Jima' pada hari Ahad
Takhrij:
وسئل عن يوم الاحد فقال ( يوم غرس وعمارة ) لان الله تعالى ابتدأ فيه خلق الدنيا وعمارتها
terj:
"Dan ditanya akan Rasulullah (saw) mengenai hari Ahad, baginda bersabda," hari menanam dan hari memakmurkan; ini kerana Allah pada hari ahad, Allah mencipta dan membangun dunia." (HR Tafsir Haqqi (Ruh al-Bayan), 12/478)

 Ditambah dalam kitab Qurratul `Uyun*, Kitab Keintiman Seksual ms 54 berkata, Hari Ahad adalah hari yg terbaik utk berjima`.

Tahqiq:
Hadith di atas tidak ada asalnya kerana kitab Tafsir Haqqi oleh Ismail Haqqi al-Burusawi adalah tafsir sufi yang penuh dengan kisah-kisah kebatilan.
*Kitab Qurratul `Uyun diterbitkan oleh eSastra, 2010 merupakan karya tokoh sufi  Abu Muhammad Qasim Ibn Yamun al-Akhmasi.

No comments: