Wednesday, March 28, 2012

Hadith Dha'if seputar Seks 9

Hadith #13: Penuhi hajat seksual suami walaupun sedang berada di atas unta

Takhrij:

حدثنا وهب بن بقية حدثنا خالد عن حسين بن قيس عن عكرمة : عن ابن عباس:
إن حق الزوج على زوجته إذا أرادها على نفسها وهي على ظهر بعيره لا تمنعه
Terj:

"Bahawa hak suami atas isterinya ialah apabila si suami berkeinginan ke atas dirinya (untuk mengadakan hubungan seks) padahal mereka berada di atas belakang unta, tidak boleh dihalangi." (HR Musnad Abu Ya`la, no. 2455).
Tahqiq Husin Salim Asad, peneliti (muhaqqiq) Musnad Abu Ya`la: (قال حسين سليم أسد : إسناده ضعيف) Isnadnya dha`if.
Nota:
seks dalam di atas belakang unta di zaman silam dikiaskan dengan seks di dalam kenderaan pada hari ini bukanlah adab seorang mukmin kerana perbuatan tersebut akan  terdedah kepada bahaya seperti diserang penjahat, diambil gambar oleh orang yang lalu lalang dan kemungkinan kena cekup dengan pencegah maksiat. Maka sabarlah hingga sampai ke destinasi anda.

No comments: