ومنها ترتيبُ المواعيدِ في دفترٍ صغيرٍ، وتنظيمُ الوقتِ، فوقتٌ للقراءةِ، ووقتٌ للعبادةِ، ووقتٌ للمطالعةِ، ووقتٌ للراحة
terj: Mengatur jadual harian dan temujanji menggunakan diari kecil [atau sekarang ialah penggunaan perisian organizer dalam telefon pintar (smart phone) atau I-Pad, Tablet, Blackberry, dsbnya). Mesti ada peruntukan waktu untuk membaca, ibadah, belajar dan waktu santai.
Anjuran disiplin masa dari al-Qur'an:
لِكُلِّ أَجَلٍ كِتَابٌ
AQS ar-Ra`d, 13:38 [Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu)]
وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ عِندَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلاَّ بِقَدَرٍ مَّعْلُوم
terj:
AQS al-Hijr, 15:21 [Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu]
في مكتبةِ الكونجرسِ لوحةٌ مكتوبٌ عليها : الكونُ بُني على النظامِ . وهذا صحيحٌ ، ففي الشرائعِ السماويةِ الدعوةُ إلى التنظيمِ والتنسيقِ والترتيبِ ، وأخبر - سبحانه وتعالى - أنَّ الكون ليس لهْواً ولا عبثاً ، وأنه بقضاءٍ وقدرٍ ، وأنه بترتيب وبحُسبانٍ
terj: Dalam Library of Congress*, terpampang sebuah papan tanda yang bertuliskan: "Jagat Raya (alam semesta ini ditegakkan atas peraturan." Paparan tersebut adalah benar sekali. Ini kerana dalam syariat agama Samawi (Judaisme, Kristianiti dan Islam) terdapat anjuran untuk melaksanakan peraturan, kualiti dan ketertiban. Allah SWT telah memberitahu bahawa alam semesta tidak diciptakan dengan main-main atau sia-sia. Semuanya di atas qadha' dan qadar, penyusunan rapi dan perhitungan:
وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ آيَتَيْنِ فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ مُبْصِرَةً لِتَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن رَّبِّكُمْ وَلِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلاً
AQS al-Israa' 17: 12 [Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas]
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاء وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ (16
لَوْ أَرَدْنَا أَن نَّتَّخِذَ لَهْوًا لَّاتَّخَذْنَاهُ مِن لَّدُنَّا إِن كُنَّا فَاعِلِينَ (17)
AQS al-Anbiyaa', 21: 16-17 [Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main (16).
Sekiranya Kami hendak membuat sesuatu permainan, (isteri dan anak), tentulah Kami membuatnya dari sisi Kami. Jika Kami menghendaki berbuat demikian, (tentulah Kami telah melakukannya)(17)] ------------------------------
*Library of Congress di Washington DC, USA adalah library terbesar dunia, diasaskan pada tahun 1800, ia memiliki lebih dari 22 juta jodol buku.
No comments:
Post a Comment