1. Pada ambo, lelaki TIDAK PERLU rasa bersalah atas “kecenderungannya” pada wanita untuk dijadikan ISTERI, tidak kira samada lelaki itu sudah beristeri atau masih trang tang tang. Jika TIDAK dengan tujuan untuk dijadikan isteri, TINGGALKAN saja perempuan itu, dan berikhtiar untuk hilangkan kecenderungan tadi.
Komen: suami yang memiliki satu isteri, dia tidak perlu rasa guilty atau bersalah jika dia jatuh cinta lagi. Memang betul, lelaki akan jatuh cinta dan akan cenderung kpd wanita di hadapan matanya yang memenuhi spesifikasinya. Lelaki tidak akan pernah puas dengan makhluk yg bernama wanita. Tapi apakah semua kecenderungan itu ada back-up yang syara'iy? apakah dia sudah stabil kerjayanya, keluarganya sekarang sudah stabil, pendidikan agama dan akademik anak-anaknya terdidik, apakah dia mampu memberi keadilan? Maka apakah dia genuine berhak dan layak bercinta lagi? atau hanya bisikan Iblis saja, maka hanya dengan beristighfar dan menundukkan pandangan,rasa gelora itu akan padam buat seketika? anda mungkin perlu bersama majoriti suami2 di Malaysia, 1Bini, 1Malaysia...
2. Pada ambo juga, kaum wanita TIDAK AKAN BERJAYA untuk menyekat kecenderungan lelaki terhadap wanita lain, tidak kira samada yang cuba disekat itu adalah suaminya sendiri atau mana-mana lelaki lain.
Memang betul wanita tidak akan berjaya menyekat kecenderungan suami utk memikat dan menyintai wanita lain. Inikan zaman internet, memikat wanita bisa aje dgn FB, skype, e-mail dan sms. Namun wanita boleh menyekat dengan bantuan mahkamah jika dia merasakan cinta suaminya dengan mana-mana perempuan lain akan merugikan dirinya, akan menimpakan kemudharatan kepada dirinya dan anak-anak serta harta sepencariannya. Wanita ada talian Nur dari kementerian wanita dan pembangunan keluarga dan pelbagai NGO lagi dari kezaliman suami yang bak kata pepatah, "sudah habis manis sepah di buang.."
Namun, jika suami ada kekuatan ekonomi yang kuat, ada kemampuan kepimpinan yang tinggi laksana ADUN dan MP..atau CEO dengan gajian puluhan ribu sebulan, tak ada masalah utk dia melakukan keadilan dan menyintai lalu mengahwini setiausaha peribadinya...hehehe
No comments:
Post a Comment