Thursday, March 15, 2012

Hadith Dha'if seputar Seks 6

Hadith no 09: Seks pertama antara Adam dan Hawa
Takhrij:
قال : وكان آدم لا يجامع امرأته في الجنة حتى أتاه جبريل فأمره أن يأتي أهله ، وقال : وعلمه كيف يأتيها ، فلما أتاها جاءه جبريل ، فقال : كيف وجدت امرأتك ؟ قال : صالحة
Dari Anas, Nabi saw bersabda:

"Adapun Adam tidaklah menyetubuhi isterinya (Hawa) di dalam syurga hinggalah datangnya Jibril (AS) menyuruhnya berbuat demikian dan mengajarkan tatacara (hubungan seks). Lalu, Adam pun menyetubuhi isterinya, datang lagi Jibril menyusul," bagaimana keadaan isterimu, (ada bagus)?" Jawab Adam, Bagus-bagus saja.." (Dikeluarkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wal-Nihayah, 1:74, kata Ibn Kathir, mungkar jiddan*) *Bila berstatus mungkar jiddan, maka tidak boleh disebarluaskan hadis sedemikian. Ia menjatuhkan martabat Adam dan Hawa. 
Tahqiq al-Hafiz:
الراوي: أنس بن مالك المحدث: ابن حجر العسقلاني - المصدر:تحفة النبلاء- الصفحة أو الرقم: 118
خلاصة حكم المحدث: [فيه] سعيد بن ميسرة قال البخاري عنه: منكر الحديث
  Terj: Komentar al-Hafidz dalam Tuhfatul Nubala', hadith mungkar kerana ada perawi mungkar dalam sanadnya, Sa`id bin Maisara, di komen oleh  Imam Bukhori. 
-------------------------------------------------------------------------
Hadis no.10: Projek "mesti" Malam Jumaat
takhrij:
أيعجز أحدكم أن يجامع أهله في كل يوم جمعة ؛ فإن له أجرين : أجر غسله ، وأجر غسل امرأته ؟
أخرجه أبو نعيم في "الطب " (ق 79/2) ، والبيهقي في "الشعب "
(3/98/2991) ، والديلمي في "مسند الفردوس " (1/180/1 - الغرائب الملتقطة)
عن بقية بن الوليد عن يزيد بن سنان عن بكير بن فيروز عن أبى هريرة قال:
Terj:
Dari Baqiah bin al-Waleed, dari Yazid bin Sinaan dari Bakir bin Fairuz dari Abi Hurayrah, bahawa Nabi saw telah bersabda: "Apakah salah seorang dari kalian tidak mampu menyetubuhi isterinya setiap malam Jumaat? Sesungguhnya baginya dua pahala: pahala mandiannya dan pahala mandian isterinya."  (HR Abu Nu`aim dalam at-Tibb, al-Baihaqi dalam Syu`ab al-Iman, dan ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus) Tahqiq (al-Albani): 
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: السلسلة الضعيفة- الصفحة أو الرقم:6194
خلاصة حكم المحدث: منكر
terj:
al-Albani kata, hadis mungkar kerana perawi bernama Baqiyah bin al-Waleed.
Rumusan: jimak malam Jumaat tu cuma metos aje, jimaklah malam apa pun jika anda berhajat.

No comments: