|
Jazan-Jeddah, 600KM |
Entah macam mana pada usia semakin senja, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke bumi anbiya', Biladil Haram, Kingdom of saudi Arabia. Selepas meletak jawatan dari TM selepas bersamanya selama 14 tahun, sebaik saja selepas perletakan jawatan, apa yang aku buat serba tak menjadi. Aku ada menubuhkan sebuah syarikat, usahasama dengan beberapa kawan lama. Namun semuanya tidak menjadi kerana kekurangan pengalaman dan kurang kesefahaman dan kerja berpasukan. Akhir sekali, saya bertekad untuk menjadi penulis profesional sepenuh masa, juga tidak menjadi kenyataan kerana kekurangan disiplin sebagai penulis pro. Kemudian kebetulan terjadi krisis antara kawan-kawan seperjuanganku dalam AFN, yang membuatku rasa sangat mendesak untuk meninggalkan bumi Malaysia. Akhir sekali aku teringatkan sahabat lamaku, Dr SA sahabat IM sejak zaman SDAR dan kami bersama menuntut di USA dan bersama teman sekerja di TM. Namun dia meletak jawatan pada tahun 2000. Kemudian aku terputus hubungan dengan beliau dan aku dengar cerita dia mengajar di San'a Yaman. Aku mengesannya dan dari Yaman dia berhijrah ke Saudi Arabia dan mengajar di bandar Jazan, bandar ekonomi baru di sempadan Yemen. Lalu aku segera menghubunginya melalui e-mail. Dia sanggup membantuku berhijrah ke Jazan walaupun peluang agak tipis kerana Saudi hanya memerlukan pensyarah berkelulusan phD sahaja. Lalu beliau berbincang dengan beberapa orang kuat Univesiti Jazan, maka mereka bersetuju melihat resume saya.
|
Logo Jazan University |
Pada 12 Disember 2011, aku menghantar CV/Resume kepada VP (timbalan presiden) Kualiti dan Pembangunan Akademik, Prof Ali melalui e-mail. apakah saya berjaya?
No comments:
Post a Comment