Thursday, March 29, 2012

Hijrah ke KSA 5: Akhirnya Visa ke JU sudah diluluskan jam 4:00 ptg

Alhamdulillah, selepas berhempas pulas selama 4 bulan, akhirnya the Royal Embassy of KSA meluluskan Visa Kerja saya ke Jazan University di Bandaraya Jazan, pelabuhan ketiga terbesar di KSA. Kelewatan kelulusan, saya difahamkan oleh Travel Agent yg menguruskan visa saya ialah E-PIN number saya tidak dapat diaktifkan oleh sistem pengkalan data Saudi Embassy kerana technical glitch. Memang banyak sungguh dugaan, hatta sistem komputer pun buat hal.

Langkah terakhir ialah bertandang sekali lagi ke Attache KSA Royal Embassy di Jalan Ritchie untuk urusan tempahan tiket penerbangan bersama Saudia Airlines ke Jeddah dan connecting flight ke Jazan Airport. Penerbangan akan memakan masa 8 jam 30 minit dari KLIA ke Jeddah International airport dan penerbangan domestik ke Jazan akan memakan masa 2 jam. Tarikh penerbangan saya tidak akan diumumkan di blog kerana faktur2 privacy dan keselamatan. Apabila blog saya tidak aktif, ia bermakna saya sudah berlepas ke KSA. Itu aje petandanya..

2 comments:

AC said...

Selamat berangkat sheikh. Kalau ada lubang kerja dengan Saudi Aramco inform kat saya ye =)

THTL said...

AC, TQVM

saya kerja lecturer je..maka lubang2 yg saya boleh cari dalam bidang akademik ajelaa. Oil n Gazz u kena kerja di Khaleej daa..kawasan Teluk, Dubai, abu dhabi, qatar, kuwait.