Tuesday, March 27, 2012

Hijrah ke KSA 4: Proses mendapat Visa yang amat meletihkan

kampus Jazan Univ bila siap sepenuhnya nanti
Proses mendapat Visa Kerja sepanjang Mac ialah bermula dengan  pergi ke Kedutaan Diraja KSA di Jln Ampang untuk mendapatkan borang pemeriksaan kesihatan dan senarai Klinik Panel dan Hospital yang diiktiraf arab Saudi. Saya memilih KPJ Selangor seksyen 20 Shah Alam. Tapi sebelum membuat medical check-up saya terlebih dahulu membuat pre-medical check-up dgn sebuah klinik swasta di USJ untuk memastikan tahap kesihatan saya, Ini kerana sudah 3 tahun saya tidak membuat medical check-up.  Namun keputusan medical check-up itu ada sedikit kelawatan maka saya terpaksa meneruskan membuat pemeriksaan di KPJ shah alam pada 12 Mac. Resultnya dijangka siap pada 19-21 Mac. Kos medical check-up hampir mencecah RM satu ribu.
Ketika menunggu keputusan medical, saya perlu mengesahkan sijil BBA dan MBA dari USA dengan memohon di internet di National Student Clearinghouse (NSC), USA. Setiap sijil dikenakan fee USD 10.00. Satu minggu saya menunggu maklumbalas dari Clearing house dan pada 19 Mac, semua sijil saya sudah disahkan sah oleh NSC dan saya dikehendaki ke pejabat MACEE ( Malaysian-American Commission On Educational Exchange (MACEE) di Jln Bukit Bintang untuk mengesahkan sijil2 tsb.Setiap sijil akan dicaj RM30.
Pada 20 Mac, keputusan medical sudah keluar dan saya lulus. Merasa amat lega sekali. Kemudian pada 21 hb saya ke Wisma Putra, Presint 2 PutraJaya untuk mendapat sijil Kelakuan Baik atau certificate of good conduct (bersih dari sebarang rekod jenayah) yang diperlukan oleh semua negara sebelum diberikan visa kerja. Borang sijil kelakuan baik hendaklah diisi di laman web wisma putra dan di hantar secara online sebelum datang ke Wisma Putra. Saya melakukan kesilapan kerana tidak menekan butang SEND kpd wisma putra. Maka bila saya mendaftar di wisma putra, komputer WP gagal mengesan borang saya dan mereka mahu dilakukan sekali lagi. Mujurlah depa menyediakan komputer untuk pembetulan. Selepas mencetaknya, saya dikehendaki ke Mahkamah putrajaya untuk menandatangan surat akuan sumpah pada borang tsb. Maka selepas selesai surat akuan sumpah, saya kembali ke wisma putra untuk menyelesaikan proses mendapatkan sijil Good Conduct. Disamping good conduct, semua sijil-sijil saya juga mesti disahkan oleh Wisma Putra. Semua servis ini dikenakan caj yang agak mahal. Sijil Good Conduct RM 20.00 dan pengesahan sijil wisma putra akan dicaj RM10 setiap sijil
Selepas itu sebelah petang saya bergegas ke JPJ Selangor untuk mendapatkan lesen memandu antarabangsa dan dikenakan pulak caj RM150.
Maka setakat ini sudah siap 5 perkara:
  • medical check-up, lulus
  • pengesahan sijil dari NSC USA dan MACEE
  • surat akuan sumpah mahkamah 
  • sijil Good Conduct
  • lesen memandu antarabangsa
Kemudian saya bergegas pula ke Kedutaan untuk mendapatkan senarai Travel Agent yang akan menguruskan Online database (yg dinamakan E-PIN) bagi setiap orang yang akan datang ke Saudi untuk bekerja atau belajar. Anda dikenakan caj RM 240. Saya memilih sebuah travel agent di Pusat Membeli belah Campbel (senarai Travel agent juga ditentukan oleh kedutaan KSA).  Kesemua data terutama data medical akan diup-load ke E-PIN tersebut. Pada 26 Mac, semua urusan E-PIN number dan data uploading sudah selesai dan saya cuma perlu menunggu Visa yg akan dikeluarkan pada minggu 27-30 Mac. Selepas itu saya kena pergi lagi sekali ke attache royal embassy untuk urusan tempahan tiket. Begitulah rumitnya proses mendapatkan Visa kerja ke Arab Saudi dan kosnya juga tinggi. saya mengambil masa dari Disember 2011 hingga April dan merupakan suatu kerugian 4 bulan gaji. Mereka yang tidak ada daya tahan akan give-up separuh jalan...

Jika diizinkan Allah saya akan terbang dari KLIA-Jeddah international-Jazan airport dalam dua minggu lagi.
Selepas ini ialah  siri Travelog KSA pula sebaik saja saya sudah mendapat tiket dari kedutaan KSA.

16 comments:

Solah said...

Adeh saya bayangkan kalau nak pergi belajar kat KSA, nak apply VISA pun teramat rumit. Bertambah-tambah rumit kalau duduk negeri lain, kene datang KL utk beberapa tempoh yang tak pasti. Pastu langsung tak familiar dengan area KL & Putrajaya....

THTL said...

saya rasa mungkin Visa Kerja aje yang amat susah, sebab mana-mana negara sedaya mungkin akan menyulitkan rakyat asing datang utk kerja, tapi kalau visa umrah, haji dan student, ia dipermudahkan. Bahkan visa haji dan umrah, kita tak yah buat apa, semua travel agent atau Tabung Haji yang uruskan secara pukal

Addien said...

Subhanallah, banak mehnah dan ujian ditempuh..moga Allah membalsa dengan balasan yang setimpal..moga dipermudahkan Allah urusannya..

p/s- tak ada sebut pun tentang seorang lagi yang ikut???hehe

spokett said...

saper sorang lagi yang ikut? bawak zaujah ke boss? moga dipermudahkan semua urusan..

--sunyi

THTL said...

spoket,

sapa sorang lagi tu?...utk dien kardawi tu...dia ni sejak disember selalu sebut nak ikut saya ke jazan, maka saya pun book la satu...tiket advance tahun 2015...kohkoh

yat said...

tak nak tackle minah arab sorang ke syaikh?

saja melawak, jgn marah

THTL said...

yat,
anakan madzhab monogamis, sayang bini yang satu. disebabkan isu banyak bini, ana terkeluar dari afn 1.0. isu banyak bini ni amat berpuaka di afn..ia telah menghancurkan persahabatan lelaki. kerana perempuan, lelaki berantakan.
isu banyak ni tak payah heboh, lakukan secara senyap-senyap.

Unknown said...

Assalamualaikum.. saya nak bertanya.. jika saya mendapat tawaran pekerjaan bukan bidang professional di KSA.. Dokumen apakah yg diperlukan drp majikan sy di KSA Untuk proses di Malaysia. ..

THTL said...

surat tawaran dr majikan dan princian:
gaji
cuti
elaun

Unknown said...

Apakah ada syarat yg ditetapkan untuk non professional. Cth minimum gaji serta criteria2nya..

Kemungkinan apakah yg menyebabkan permohonan ditolak

surat apakah yg perlu diambil dr persuruh jaya sumpah?

Boleh bg contact @ nama syarikat yg menguruskan tuan hari tu??

Berapa anggaran kasar jumlah yg dibelanjakan? (Excluded flite cost)

THTL said...

Lan,
saya handle yg profesional je, non-pro rasanya saudi tak ambik Malaysians, depa ambik dari filipina, india, bangla, yemeni dan pakistani. ini femes bangsa yg kuat kerja dan reliable
1. saudi tak ada minimum wage rule.
2. permohonan ditolak jika gagal ujian kesihatan dan dokumen yg tidak lengkap atau disahkan
3. pesuruhjaya sumpah dalam urusan good conduct certificate dari wisma putra, kena pergi wisma putra dulu.
4. saya datang saudi, terus dgn majikan. itu kelebihan jawatan profesional, atau daftar dgn sabic website (sabic=saudi basic indistry corporation)
5. agensi kerja utk timur tengah kena lihat websites atau kedutaan arab saudi atau wisma putra. sorry canniot help much on non-profesional
6. anggaran kos? kalau profesional, dalam RM1,500 (medical: RM700-800), pengesahan sijil akademik RM120, visa 300, wisma putra Rm100)

Anwar said...

Salam.. Saya Anwar. Nak Tanya kalau buat medical checkup di hospital pusrawi boleh tak? Saya kemungkinan akan bekerja di Arab Saudi. Company tersebut adalah Pan Power CO.LTD.

TimReka.Com said...

Tuan Anwar, saya tolong jawab kan. Embassy saudi dah tetap kan hanya beberapa hospital je yg di iktiraf untuk buat medical check up. Pusrawi tak termasuk. Yg saya ingat KPJ, Prince Court

TimReka.Com said...
This comment has been removed by the author.
mohd said...

saya ingin bertanya.saya dpt offer dari sabic as direct hired.but the problem is...visa availability tu x der..selalu jd kes mcm ni

Nadhrah Ismail said...

Salam Tuan, sy bercadang untuk mohon praktikal di Jeddah. Tuan tau proses visanya bagaimana?