Bro SA kemudiannya mengeluarkan beberapa biodata akhowat dari backpack beliau berjenama Jansport. Beliau memilih satu demi satu dan menyerahkan 5 biodata akhowat yang berasal dari Kelantan kepadaku. Akhowat Kalamazoo cuma ada satu calon, seorang berada di Missouri, seorang di Kentucky, seorang di Los Angeles dan akhir sekali seorang di Kansas. Setiap gambar ada foto bersaiz pasport. Kemudian bro SA menjelaskan satu persatu. Akhowat LA, sudah diminati oleh dua orang Ikhwan di Los Angeles, maka menurut akh SA, lebih baik diutamakan sahabat di LA.
Akhowat Kentucky baru saja keluar dari hospital kerana kemalangan jalanraya yg agak serius, beliau berada 1 bulan dalam wad dan kecederaan agak serius, maka bro SA kata, lebih baik tak usah dulu, maka tinggal tiga akhowat lagi. Akhowat Kansas,sudah ada sahabat Kansas yang telah menyatakan hajatnya kepada ana, kata akh SA, maka ana rasa lebih baik kita tak payah kacau. Maka yg berbaki cuma tinggal akhowat Kalamazoo dan Missouri ajelaa..Maka kata SA, esok enta boleh tengok akhowat Kazoo secara lebih dekat..caranya..jeng jeng...
*K-Mart Hypermarket adalah rangkaian hypermarket terbesar di kalamazoo. Kalau di USA, hypermarket terbesar ialah Walmart.
Akh SA menjelaskan caranya:
"Gini, esok, kita pergi shopping di K-Mart, kita pergi berdua, manakala zaujah ana akan bawa akhowat tsb dan kita ronda-ronda dalam K-Mart sambil tolak troli, gaya nak shopping sungguh-sungguhlaa...bila enta nampak akhowat sebelah zaujah ana, itulah dia"...begitulah strictnya hubungan antara ikhwan dan akhowat di US.
Jadi, keesokan harinya, aku dan akh SA pun pergilah ke K Mart, aku rasa dalam jam 11 pagi gitu. Kami pun ronda-rondalah dalam K-Mart sambil menolak troli, gaya nak shopping laa..Kemudian aku nampak isteri bro SA sedang berjalan dengan akhowat Kalamazoo. Aku memang dah agak dah sebab pernah dua kali kami berada dalam kelas yang sama. Akhowat Kalamazoo rasanya perasan macam ada sesuatu..kami cuma tersenyum malu-malu. Selepas 4-5 kali pusing dan round dan kami berselisih, maka aku beritahu kat akh SA, OKlaa..berdetap juga. Mengenai calon yang satu lagi, SA mencadangkan, "apa kata minggu depan enta datang ke Terre Haute (IPT tempat SA dan isterinya belajar di negeri Indiana) dan ana akan pergi ambil akhowat tersebut di Missouri dan kita lakukan aktiviti yang sama di Terre Haute". Aku kata "OK, setuju."
Maka minggu depa, ana ditemani oleh sahabatku KM, maka kami berlepas ke Terre Haute, lebih kurang 400KM sahaja. Aku menginap di markaz bujang Terre Haute, antaranya yg aku masih ingat ialah akh IA, sekarang Dr, assoc prof fakulti Perakaunan di UiTM shah alam sekarang. Agak ramai juga ikhwah di sini dalam lingkungan 15 orang. Keesokannya, aku dan SA keluar ke hypermarket Walmart Terre Haute. Kami lakukan format yang sama, tolak troli dan berselisihan dengan calon akhowat Missouri 3-4 kali. Akhowat Missouri ni agak kecil molek orangnya. Bila dah puas hati, maka kami pun balik semula ke rumah bujang Terre Haute. Bro SA pun kata, "sekarang terpulang kepada enta, enta solat istikhorah, kalau enta tak suka kepada dua akhowat ni, maka calon akhowat kelantan sudah habis dalam jagaan ana", maka enta terpaksa kena ambil akhowat dari negeri lain laa, Perlis ada, johor ada, Terengganu ada". Aku kasi tahu akh SA," insyaAllah, ana akan solat istikharah dan akan beri keputusan dalam masa yg terdekat."
Selepas 3 hari di Terre Haute, sempatlah juga adakan beberapa kuliah dan berriadhah bersama ikhwan Terre Haute, antaranya bolakeranjang, selepas itu, kami berdua berlepas pulang ke Kalamazoo dengan pikiranku yg agak berkecamuk...
4 comments:
kohkoh.. saya mmg tak baca novel2 cinta islamik ni.. tapi mcam best la pulak..
Sheikh, masa saya di Mesir dulu,mas'ul hanya hulur gambar dan biodata dan cepat2 suruh balik Malaysia nak menikah dlm masa sebulan tu jugak. Tak sempat nak fikir panjang or istikharah dgn tenang or nak bincang dengan ibubapa. Masa tu saya sedang dipinang oleh seorang bekas student US di Malaysia, dan masih dalam tempoh mempertimbangkannya. Yang akhi Mesir ni pula saya serahkan pada ibu bapa untuk buat keputusan. Cuma mungkin depa silap tafsir dan menganggap saya dah ada pilihan hati sendiri maka mereka pun terima . Masa tu ibu saya memang tak setuju sangat2. Bila fikirkan semula, agak teruk juga cara perkahwinan saya dulu. Hanya jumpa pengantin lelaki di hati perkahwinan.
AAL,
itulah, masa tu kita mmg tak ada pengalaman hidup, ikutlah perancangan jamaah...
akhirnya AAL terima yg mana satu?
US atau Egypt?
Saya kena pilih yang Mesir sebab yg tu mas'ul cadang, saya tak berani nak membantah lagi pun saya lihat sahabat-sahabat yang berkahwin tanpa izin mas'ulah nampak renggang hubungannya dengan ahli jamaah.Wallahu a'lam.
Post a Comment