Foto Hiasan
Dalam diam-diam seorang lagi akhowat Kalamazoo disunting oleh Ikhwah dari Ames, Iowa. Jarak antara Kalamazoo-Ames ialah 660 KM. Ikhwan tsb ialah bro SA dan ukhti R. Keduanya sekarang berkelulusan PhD dan pensyarah di UiTM. Aku yang uruskan urusan walimah kerana dengan jawatan Imam dan Khatib Pusat Islam Kalamazoo tersebut, aku ada kuasa untuk menikahkan ahli qaryah Kalamazoo. Majlis akad nikah tersebut akan dilangsungkan di kediaman kami sahaja kerana atas permintaan pengantin. Untuk melangsungkan perkahwinan di US, pengantin perempuan perlulah mendapatkan surat izin wali dan surat izin pernikahan di luar qaryah dari negeri asalnya di Malaysia. Ia juga perlu mengisi borang Jabatan pelajar Malaysia di Washington dan kedutaan Malaysia di New York. alhamdulillah, semua dokumen sudah lengkap, maka kami, para ikhwan yang berhampiran, ada dari ann arbor, toledo, illinois, east lansing, ames berkumpul di rumahku. Akhowat Kalamazoo dan Ames juga ada bersama. Beberapa brothers MISG juga dijemput. Akad nikah diakukan oleh Mas'ul Ames, bro ZM, asal Perlis, aku cuma jadi Pendaftar Nikah aje..Kenduri walimah akan diadakan di Ames, Iowa bulan hadapan sempena mini-Tamrin di Iowa. Manakala sempena majlis akad nikah di Kalamazoo, kami hanya makan spaghetti sahaja dan beberapa kuih muih lain yang dibawa secara potluck. Begitulah simpelnya perkahwinan di USA.Sebenarnya menjadi impian dan cita2 kami untuk berkahwin di amerika, sesama anggota usrah. Ini kerana kalau boleh kami tidak mahu berkahwin di Malaysia kerana banyak sangat belanja dan karenah adat resam perkahwinan Melayu yang merimaskan kami. Namun, sesiapa yg dipermudahkan Allah, ada sokongan dari mertua, memang merupakan suatu rezki kerana bukan senang wali bagi akhowat tsb untuk melepaskan anak dara mereka berkahwin jauh diperantauan. Ibubapa mana yang sanggup melepaskan anak mereka kepada lelaki yang tidak dikenalinya tanpa menyaksikan dengan mata dan kepala mereka sendiri. Namun, kebanyakan ahli usrah samada dari UD atau MISG, mmg berusaha kalau boleh utk kawin di US.
foto hiasan..perkahwinan yg amat membebankan da'iy
Oleh kerana sudah dua orang akhowat Kalamazoo sudah terbang, maka kebanyakan sahabat-sahabat ikhwanku mula mengusik diriku.."akhi, enta kena cepat-cepat ambil salah seorang akhowat Kalamazoo ni, nanti semua akan dikebas orang"...isu ni mula masuk ke benakku dan aku mula mengorak langkah untuk menamatkan zaman bujangku di Amerika. ada lima akhowat kalamazoo, sekarang dah tinggah 3..
4 comments:
cepat sambung..kohkoh..
minat nampak...
Masih bujang tapi dah jadi Imam menikahkan orang di USA?
PT,
ana jadi pendaftar Nikah je, jurunikah ialah bro ZM, dia tu naqeeb Ames, dah kawin, tiga anak anak daa. ana uruskan pendaftaran dgn pusat Islam kalamazoo, sebab ana boleh access kpd sijil nikah dan cop mohor KIC...
Post a Comment