salah satu mercu tanda ke Nebraska |
Kami menukar plan, lagipun kami masih dalam cuti musim panas. Komuniti Usrah Nebraska di bawah Naqeeb, akh MH, sekarang phD dan sekarang bersama UTM Skudai, menjemput kami ke Nebraska, negeri berjiran dengan Iowa dan juga negeri pengeluar jagung yang terkemuka US dan dunia. Iowa dan Nebraska adalah negeri2 Corn Belt atau lembah Jagung Amerika. Jarak antara Ames, Iowa ke Lincoln Nebraska ialah lebihkurang 300KM sahaja menggunakan hihway 1-80 West, toll free. inilah bandar dinamakan sempena nama Presiden pertama Amerika, Abraham Lincoln (yang mati dibunuh), oleh kerana penduduk di bandar tersebut simpati dgn pembunuhan itu lalu menamakan bandar asal ke nama baru Lincoln. Akhowat Kalamazoo, kami tinggalkan di Ames, ikhwan saja yang pergi. Kami bertolak bersama-sama dengan rombongan Nebraska yang datang ketika walimah dan mini-tamrin di Ames yang masih belum pulang
Ikhwan brotherhood pun ramai juga yang menuntut di Nebraska, khususnya univ Nebraska Lincoln
UNL=university Nebraska lincoln |
mascot UNL, the corn Huskers |
Mascot universiti ini ialah Huskers atau penuai jagung, salah satu makanan ruji Amerika. Kampusnya memang cantik dan ia antara universiti terbaik di Tengah Amerika atau america's heartland.
suasana campus UNL yg mesra pelajar |
Brothers di UNL ada 13 orang di bawah naqeeb MH, yg ana masih ingat ialah HK, sekarang jutawan muda di Terengganu atau the only mamak in Terengganu..hehehe, hopefully dia membaca memoir ini. Juga ZK, KM, yang lain dah lupa nama. kemungkinan mereka sebahagian besar dah tak ikut IM lagi sekarang.
Rumah sewa ikhwah nebraska di sini agak mewah kerana sewa rumah agak murah dan kami dapat menginap dengan selesa. kesempatan kami di Nebraska, ialah diadakan juga mini Tamrin di mana ikhwah dapat kmendengar bahan2 tarbiyah yang terkini yg aku bawa dari malaysia dan juga dialog dengan ikhwah di sini dalam fiqh dakwah, manhaj dan tanzim jamaah. Tamrin kami di Nebraska, kami buat outdoor di kawasan perkelahan, ala-ala summer camp laa, kami pasang khemah, ada BBQ, ada kawad, jungle trekking..Kami stay di sana 3 hari dan dan kemudian bertolak pulang ke Ames. Memang Road trip yang berbaloi. Trip ini mengukuhkan tanzim Nebraska supaya lebih mantop di bawah tanzim yang baru. Selepa bermalam di Ames, keesokan harinya kami bersama SA dan akhowat Kazoo, kami bertolak pulang ke Kalamazoo dan sampai dengan selamatnya.
No comments:
Post a Comment