Mercu tanda bandar Ames, Iowa
Ames, bandar universiti terkenal di negeri Iowa, menempatkan sebuah university yang terbaik di heartland (jantung) amerika, Iowa State University. University yg masyhur dengan penyelidikan pertaniannya. Di sini menempatkan ramai pelajar Malaysia. Iowa adalah negeri konservertif, dan setiap calon presiden amerika mesti mendapat mandat dari penduduk Iowa sebelum mereka ingin melangkah jauh ke Rumah Puteh. Begitulah pentingnya Iowa dalam kancah politik Amerika. Maka dalam usahaku utk menyatukan tanzim brotherhood US, Iowa masih belum lagi aku dapat kuasai. Jarak Ames dengan kalamazoo, ialah 640KM (JB-Kangar kot), di US, jarak 600KM ni tidaklah jauh. Ames menempatkan sejumlah besar Brotherhood di bawah Naqeeb akh ZM. ini adalah satu-satunya lagi kawasan yang masih belum memberi bai`ah kpdku sebagai Naqeeb US. Brother ZM seorang yang sudah berusia, mempunyai anak 4 orang dan beliau bukan mudah untuk memberi bai`ah kepada orang. Jika aku mendapat baiah dari Iowa, maka selesailah isu kepimpinan Usrah di US, dan itulah kehendak kepimpinan Usrah di Malaysia dan Dr Tareq Shuwaidan sendiri.
Mascot Iowa State university ialah Cyclone kerana cyclone (puting beliung) sering melanda Iowa
Salah satu strategi yang aku pasang ialah perkahwinan antara salah seorang brother Ames (bro SA) dgn akhowat Kalamazoo (ukhti R) dan ia telah berlangsung di Kalamazoo dengan suksesnya. Bahkan aku telah memberi penghargaan supaya mas'ul Ames sendiri yang menikahkan pasangan tersebut. Hasil dari perkahwinan antara Ames-Kalamazoo, aku sudah nampak, bro ZM sudah nampak lembut dan aku menjangkakan dengan majlis perkahwinan mereka berdua dan mini tamrin yg bakal berlangsung di Ames nanti, masalah baiah Ames akan selesai.
Maka seperti yang dijanjikan, ketika cuti musim summer, akan berlangsung mini tamrin di Ames dan juga majlis walimah al-urs pasangan bro SA da ukhti R. Bro SA datang dari Ames untuk menjemput isterinya ditemani seorang brother dan kami akan bertolak bersama-sama, dan SA akan membawa 3 lagi akhowat bujang Kalamazoo. Bro SA membawa Station Wagon, Chevy Impala 5.0 liter. Aku, KM dan bro WM dari Ann Arbor memandu sebuah kereta, juga jenis Chevrolet 3.5 liter. Jadi dua buah kereta yang akan ke Ames. Bro SA ni mmg seorang yg pemalu dan beliau berketurunan Arab pure. keluarganya berasa dari Arab yemen. Kami nampak beliau masih begitu malu dengan isterinya. Ana dan KM memang seronok mengusiknya. Perjalanan dari kalamazoo ke Ames mengambil masa 8 jam lebih kurang dan perjalanan lancar..kami tiba petang di Bandar Ames dan sebaik tiba di Iowa, kami melihat industri agribusines (perniagaan tani) yang sungguh menakjubkan. yaitu ladang jagung dan kacang soya yang sejauh mata memandang..kami difahamkan Iowa merupakan pengeluar jagung, kacang soya dan khinzir terbesar di dunia. TBC
No comments:
Post a Comment