Friday, January 20, 2012

Travelog USA 37: Proses Mencari calon Isteri bermula 1.0

Isu yang hangat diperkatakan semasa kembara tarbawiyah ke Ames dan Nebraska ialah Naqeeb USA (thtl) mesti segera menamatkan zaman bujangnya, maksudnya perlu segera berkahwin, itulah mesej seluruh anak buah brotherhood yang ditalakan kepadaku. Ini untuk memudahkan urusan pentadbiran jama`ah kerana brotherhood di US terdiri dari lelaki, wanita dan anak-anak. Aku memang mendapat kejutan budaya, bila berkunjung ke Ames kerana ramainya ikhwah yg sudah berumah tangga dan beranak pinak. Maka bila Naqeeb USA masih solo mengurus ikhwah yg sudah berkeluarga, sudah tentulah ada keganjilan di situ. Timbul persoalan, apakah aku sudah bersedia? sedangkan program degree pertama ku (BBA) pun masih terkial-kial..namun ikhwah semuanya menyokong padu agar aku segera mencari seorang calon isteri secepat mungkin dan yang terbaik, berkahwin di USA, kahwin sunnah, ringkas majlisnya dan rendah maharnya.
Naqeeb (ketua kawasan) Terre Haute, bro SA , antara yang paling kuat menyarankan aku segera berbuat demikian. Bro SA dan isterinya, ukhti F (zaujah) merupakan antara naqeeb yang paling aktif membuat match-making antara brotherhood. Beliau menyatakan, "enta senaraikan segala ciri2 akhowat yang enta nak, insyaAllah, ana akan cari calonnya di seluruh US."

Timbalanku, bro KM,cuma senyum ajela, ini kerana beliau sudah pun ada tunang di UKM Bangi.
Kebetulan, bro SA ada menziarahi ku di Kalamazoo, maka, aku duduk berbincang dengan beliau dari hati ke hati. Aku ceritakan kedudukanku, aku memiliki seorang ibu yang sudah berpisah dari ayahku. Mereka bercerai ketika aku di tingkatan 3 di SDAR Seremban. Maka aku masih ingat lagi pesan ibuku, jika ke Amerika, jangan sekali-kali engkau kawin dgn wanita di sana, emak tak nak gadis mata biru rambut perang tu, dan kalau boleh emak nak engkau kawin dengan gadis Kelantan sebab katanya, emak senang nak bergaul dengannya tanpa perlu menukar loghat kelate kita..hehehe. Bro SA kata, tak ada hal, ana mmg tahu orang Kelate ni mmg kuat kenegeriannya..hohoho...no big deal, kita ramai akhowat yg berasal dari Kelate..di Kalamazoo pun ada. Tapi kata SA, kalau enta nak yang cun, ada beberapa calon di Ames dan California. Enta naqeeb, enta boleh pilih yg mana enta suka..hehehe kami gelak ..Maka ana letakkan dua syarat saja kpd akhi SA..pertama, berasal dari Kelantan (kerana memenuhi permintaan sang ibuku) dan kedua, ada kemungkinan besar boleh berkahwin di USA..bro SA kata, syarat itu amat senang sekali..TBC

2 comments:

Ummuyaser said...

Apakah ada kemungkinan sikap Sheikh TH yang selama ini tegas mempertahankan monogami selagi isteri sihat sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejarah silam keperitan melihat penderitaan dan perpisahan ibu dan ayah? Maaf saya bertanya ikhlas bukan tujuan untuk membongkar kelemahan....

THTL said...

AAL,

silap paham, saya mempertahankan keduanya, monogami dan poligami. cuma saya berbeda dengan kapten dan TokDdeka dari segi usyuliah perkahwinan, hukum asal perkahwinan mestilah mono dulu, tapi kapten dan TD kata, asal perkahwinan adalah banyak. yg kedua, saya kata poligami ni banyak dipengaruhi oleh uruf dan dasar Penguasa, mereka berdua kata, tidak boleh, kerana poligami tidak boleh ditentukan oleh uruf dan penguasa.