Kesokan harinya Bro ZM (mas'ul Ames) mengajakku ke Slaughter House Ames (pusat penyembelihan berpusat Ames) kerana beliau ingin menyembelih seekor lembu dan 3 ekor kambing utk stok jualannya. Dari kampus Ames, lebih kurang 15KM ke sana. Pusat Penyembelihan ni adalah tempat penyembelihan semua jenis haiwan termasuk khinzir. Cuma ikut gilitan hari, kalau hari ni khinzir, maka esoknya lembu dan biri-biri pulak. Mula-mula aku rasa was-was juga bila penyembelihan haiwan halal berkongsi dengan khinzir. Tapi bro ZM kata, dharurat dan kita tak boleh sembelih haiwan melainkan di situ aje. lagipun kata ZM, selepas penyembelihan khinzir, tempat itu akan dibersihkan dan dinyahkuman dengan teliti.
Ini pertama kali aku melihat macam mana proses penyembelihan haiwan di lakukan oleh bro ZM. Lembu dan biri-birinya memang sudah ada disitu kerana beliau telah membelinya di pusat lelongan haiwan Ames. Terlebih dahulu lembu tersebut akan di tembak ubat pelali hingga ia menjadi tenang dan dikapit oleh pengapit besi dan ketika itulah bro ZM akan menyembelihnya.
Selepas itu, brother ZM bertanyakan kepadaku, apakah aku ingin makan benda2 dalaman lembu spt perut, hati, limpa, jantung?, aku jawab boleh juga sebab sejak tiba di US, memang belum merasa lagi colek perut lembu, antara makanan kegemaranku ketika di kelantan. "Why not", kataku. Mat saleh yang melihat gelagat kami mengambil perut lembu tersebut bertanya,' awak nak buat apa dengan perut lembu tersebut? nak kasi makan kucing atau anjing ke?" jawab ZM, 'tak, kami nak makan.' Mat saleh terperanjat besar," apa, kamu makan benda-benda tu semua. ZM kata," yes, di Malaysia, ia mmg makanan yg amat digemari". Dia pun menunjukkan muka Yaks tanda jijiknya. kami berdua gelak ajela...Manakala lembu dan biri2 akan dilapah oleh pekerja di situ dan daging lembu terpaksa di simpan semalaman di Pusat tsb kerana menunggu pemeriksaan oleh pegawai veterinar utk memastikan daging tsb selamat utk dimakan. Bro akan datang memungutnya kembali keesokan hari atau lusa.
Sebelum beredar, ZM masuk ke dalam sebuah Kopitiam yang ada bersebelahan pusat Penyembelihan tersebut dan ramai para butcher atau tokey daging yang sedang lepak dan borak. Bila ZM masuk ke Kopitiam tsb, ramai mat saleh Ames yang menegurnya. aku kata , memang popular mamat ni. Ada mat saleh yg kata," u don't play fool with this little man! maksudnya, "kalian jangan main-main dengan si kecil cili padi ni."
Sebelum pulang ke Kalamazoo, kami juga mengadakan program rehlah atau camping di Ames dan juga program memungut buah-buahan di dusun apple dan pear di Ames. Berita gembira ialah bro SA yang berkahwin dengan akhowat Kalamazoo, akan berpindah ke Kalamazoo untuk program Masters in Computer Sciencenya kerana ingin bersama isterinya. Dengan itu lawatan bersejarah dan perkahwinan tsb, maka Ames berjaya ditawan dengan hikmah dan bertaut di bawah tanzim pusat di Kalamazoo.
No comments:
Post a Comment