Thursday, January 19, 2012

Bedah Buku ar-Ruh lil Ibn Qayyim (07)

المسألة الأولى وهي هل تعرف الأموات زيارة الأحياء وسلامهم أم لا
Masalah #1.6: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak?
Dalil #10: Mimpi orang mukmin seputar kematian
حدثني محمد بن الحسين حدثنى يحيى بن أبى بكير حدثنى الفضل بن موفق ابن خال سفيان بن عيينة قال لما مات أبى جزعت عليه جزعا شديدا فكنت آتى قبره في كل يوم ثم قصرت عن ذلك ما شاء الله ثم انى اتيته يوما فبينا أنا جالس عند القبر غلبتنى عيناى فنمت فرأيت كأن قبر ابى قد انفرج وكأنه قاعد في قبره متوحشا أكفانه عليه سحنة الموتى قال فكأني بكيت لما رأيته قال يا بنى ما أبطأ بك عني قلت وإنك لتعلم بمجيئي قال ما جئت مرة إلا علمتها وقد كنت تأتينى فآنس بك وأسر بك ويسر من حولى بدعائك قال فكنت آتية بعد ذلك كثيرا 
terj: Dari Muhammad bin al-Husin (w.238, Baghdad), dari Yahya bin Abi Bakir*, dari al-Fadhl bin Muwaffaq (sepupu kpd Sufian bin Uyainah, kata Abu Hatim, riwayatnya dha`if), Sufian Bin Uyainah (w.198H adalah Imam Besar Mekah) berkata (yakni al-Fadhl), "apabila ayahandaku  meninggal, aku merasa amat sedih sekali, lalu aku mendatangi kuburnya setiap hari. Tapi lama kelamaan aku naik jemu dan berhenti.
Selang beberapa waktu, aku datang semula menziarahi pusaranya, apabila aku sedang duduk di sisi kuburnya, tiba-tiba aku ditangkap rasa mengantuk, lantas aku pun terlena disisi kubur ayahandaku.
Ketika itu aku didatangi mimpi, aku lihat kubur ayahandaku terbuka luas, aku melihat ayahandaku sedang duduk bersimpuh di dalam kuburnya, tubuhnya diselimuti kain kafannya dan wajahnya pucat seperti keadaan wajah orang mati. Aku menangis bila melihat keadaanya yg demikian.
Ayahandaku berkata," wahai anakku, mengapa kamu dah lama tak kunjung datang?" Aku bertanya balas, " apakah ayah tahu akan kedatanganku?" Jawab  arwah ayahku," Tiada sekalipun yang engkau datang, melainkan aku akan tahu. Dahulu ketika engkau sering datang, ayah merasa senang hati dan gembira sekali, bahkan semua orang di sisiku (mayat2 yang lain) turut merasa senang dan gembira kerana doa yang engkau panjatkan untuk kami."
Maka selepas itu, aku tidak putus-putus mendatangi (pusaranya) selalu.
Ta`aliq: 
1. Ia kisah yg dha`if kerana dalam sanadnya ada dua kedhaifan, tidak dapat dipastikan perawi Yahya bin Abi Bakir dan al-Fadhl bin Muwaffaq, sepupu kpd Sufiyan bin Uyainah adalah dha`if.
2. Kisah ini juga ganjil kerana kekerapan datang ke kubur dan duduk lama-lama di atas kubur sampai tertidur adalah bukan budaya kaum salaf.
3. Ia sebenarnya dari mimpi dan mimpi bukanlah hujah syara'.
-------------------------------
*Menurut al-Hafidz Ibn Hajar, terdapat dua Yahya bin Abi Bakir:' keduanya ahli Kufah

i) Yahya bin Abi Bakir al-Asadi (w.209H) atau
ii) Yahya bin Abi Bakir an-Nakha`iy (w.230H)
** Ibn Qayyim, Kitab ar-Ruuh, taahqiq Dr Bassam al- `Amoush, KSA

No comments: