Kategori: ICT
Pengirim: Dr wanmansor, jabatan Quality Control & Instrumentation (wanman@usm.my)
Forum: Msm-Net (UK)
Tarikh: 19 Sept 1997
Tajuk: Islam dan ICT
Soalan: Saya akan menyampaikan sebuah ceramah kepada orang awam dalam minggu ICT peringkat kampus USM Pulau Pinang. Minta jasabaik tuan/puan memberi sedikit input mengenai Islam dan ICT. Apakah Islam sudah bersedia utk ledakan ICT pada hari ini sejak 1400 tahun dahulu. Apakah Islam ada saham dalam perkembangan ICT sekarang?
Jawab ringkas:
Ya, Islam yang mencetuskan ICT. Dalil:
1. RasuluLlah saw diutuskan untuk semua manusia dan jinn; baginda adalah penutup Nabi-nabi. Ini bermakna Islam sudah direncanakan penyibarannya menggunakan ICT untuk sampai ke seluruh pelusuk alam. Sebelum perutusan Muhammad saw, para Nabi hanya diutus untuk sesuatu kaum sahaja, tetapi Nabi Muhammad diutuskan untuk seluruh alam bermakna Islam dan ICT memang sudah direncanakan Allah. Mana mungkin Nabi saw diutus untuk semua manusia di atas muka bumi ini, melainkan mesti Allah sudah merencanakan ianya mungkin berlaku jika ada bantuan ICT sebagai alat menyibaran utama.
2. Mukjizat para Anbiya' yang terdahulu adalah benda-benda mencarik adat, peristiwa luar biasa yang releven hanya untuk zaman itu sahaja. Bila wafat Nabi2 tersebut, maka tamatlah mukjizat tsb. Akan tetapi mukjizat Nabi Muhammad saw ialah al-Qur'an. Kitab yang menjadi induk kpd ledakan informasi.
3. Islam memulakan seruan ke atas manusia dengan IQRA' atau Bacalah (surah Iqra') dan Mata pena (surah al-Qalam). Mata pena dan pembacaan adalah dua rukun asas dalam ICT.
4. Apabila RasuluLlah saw melakukan Isra' (perjalanan dari Mekah ke Palestina) dan Mi'raj (Nabi diangkat ke Sidratul Muntaha). perjalanan tsb adalah sebuah perjalanan ICT, di mana kerajaan Allah digambarkan dalam bentuk multimedia/ICT yang mengkagumkan. Ia menggambarkan sistem pengangkutan berkelajuan tinggi, baginda juga ditayangkan zaman silam dan masa depan. Ini semua adalah ramuan ICT.
5. Al-Qur'an juga telah menjelaskan peraturan CyberLaws atau peraturan mengawal dan memeriksa sumber maklumat. Lihat al-Hujurat ayat 06 ( Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti)
6. Dalam setiap kali peperangan, baginda akan sentiasa memastikan unit perisikan supaya mendapat maklumat yang lengkap mengenai kekuatan pihak musuh
Qaul jadid: Tambahan
Perutusan Muhammad saw untuk senantero alam:
AQT 21:107 [Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam]
Islam adalah Ilmu pengetahuan, jika ada ilmu yang baru, maka itulah Islam.
AQT 39:09 [Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"]
Islam adalah sistem hidup yg lengkap, maka jika ICT adalah sistem hidup manusia, maka ia sebagian dari Islam
AQT 6:38 [Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab]
Maka ICT tidak pernah dialpakan oleh al-Qur'an!
*ICT=Information & Communication Technology, apa jua aplikasi dan peralatan komunikasi.
No comments:
Post a Comment