Metod pembelajaran di Western Michigan Univ (WMU): modem dan kegilaan kepada Komputer Apple.
Ketika aku tiba di USA, penggunaan ICT dalam pembelajaran baru bermula. Antara subjek yang aku ambil yang menggunakan ICT sepenuhnya ialah 'Introduction to Information processing', 'Technical Communication', `Business Statistics' menggunakan perisian SPSS (mainframe computer), `Informational writing', dan `Business Communication'.
masa tu, Apple Computers baru saja melancarkan Desk top computers, tapi sayangnya aku tidak mampu membelinya ketika itu. Maka terpaksalah aku menggunakan `computer laboratory' milik WMU yg disediakan secara percuma kepada pelajar. Makmal computer sentiasa penuh dengan pelajar dan aku terpaksa menunggu giliran hingga larut malam. Masa tu juga munculnya modem, di mana sesiapa yang memiliki komputer dapat dial ke sistem mainframe university menggunakan modem dan talian telefon. Oleh kerana kejutan budaya pembelajaran menggunakan ICT sepenuhnya pada masa itu dan ketidakmampuan membeli hardware yang masih mahal ketika itu, maka aku tidak mampu utk mendapat keputusan yang cemerlang. Bila sahabatku, KM tiba dan beliau pula kebetulan membuat master dalam Computer Science, maka kami akhirnya mampu membeli desktop komputer jenama Apple. Maka selepas itu aku tidak payah lagi ke Makmal Komputer utk menyiapkan projek, tapi menggunakan sambungan komputer dengan sistem komputer pusat WMU menggunakan modem.
Walaupun sekarang di Malaysia, pelajar membawa NB (notebook dan netbook), Tablet, dan smartphone utk pembelajaran, wifi, 3G dan Broadband melimpah ruah, tapi tahun 80'an di amerika, aku sedang melalui permulaan revolusi ICT yang kemudian merubah kehidupan manusia di seluruh dunia. Pada masa itu, aku difahamkan, internet dalam peringkat ujikaji terakhir sebelum dilancarkan kepada pasaran amerika.
No comments:
Post a Comment