Wednesday, January 18, 2012

Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle 2:261

al-Baqarah
Asbabun Nuzul (ms 86)
AQS 2: 261
--------------------------------
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

AQS al-Baqarah 2:261 [Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah  adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.]
Asbabun Nuzul:
Syamil AQ Miracle Reference memetiknya dari at-Tafsir al-Wajiz oleh Dr Wahbah az-Zuhaili yang memetiknya dari Asbabun Nuzul al-Waahidi:

قوله تعالى " الَّذينَ يُنفِقونَ أَموالَهُم في سَبيلِ اللهِ " الآية قال الكلبي: نزلت في عثمان بن عفان وعبد الرحمن بن عوف أما عبد الرحمن بن عوف فإنه جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم بأربعة آلاف درهم صدقة فقال: كان عندي ثمانية آلاف درهم فأمسكت منها لنفسي ولعيالي أربعة آلاف درهم وأربعة آلاف أقرضتها ربي فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: بارك الله لك فيما أمسكت وفيما أعطيت

terj: ayat 2:261, menurut al-Kalbi diturunkan berkaitan Uthman al-Affan dan Abdul Rahman bin `Auf, di mana Abd Rahman bin `Auf membawa 8 ribu dirham kepada nabi saw, 4 ribu di sedekahkan kepada baginda, baki 4 ribu lagi diperuntukkan utk biaya keluarganya. Lantas Nabi saw berdoa untuk Abd Rahman, "semuga Allah memberkahi apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu dan apa yg kamu telah infaqkan."
Tahqiq: syaikh Kamal Zaghlul atas asbabun Nuzul lil Waahidi, ia dha'if kerana riwayat dari al-Kalbi, perawi yg ditolak oleh muhaddith.
(1 dirham=RM25, oleh itu 4000 Dirham =RM100,000.)

No comments: