Tuesday, January 31, 2012

Ta`liq atas Syamil al-Qur'an the Miracle (15)

al-Baqarah
2:271
Asbabun Nuzuul
---------------------------------------------
إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

AQS al-Baqarah 02:271 [Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan].
Mujab Mahali dalam kitabnya Asbabun Nuzul, Studi Pendalaman al-Qur'an, PT CV Rajawali, ms 123. 
Takhrij dari Tafsir Ibn Abi Hatim, 2:536:
وقال ابن أبي حاتم: حدثنا أبي، حدثنا الحسين بن زياد المحاربي مؤدب محارب، أنا موسى بن عمير عن عامر الشعبي في قوله: { إِن تُبْدُواْ ٱلصَّدَقَـٰتِ فَنِعِمَّا هِىَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا ٱلْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ } قال: أنزلت في أبي بكر وعمر رضي الله تعالى عنهما، أما عمر فجاء بنصف ماله حتى دفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: " ما خلفت وراءك لأهلك يا عمر؟ " قال: خلفت لهم نصف مالي، وأما أبو بكر، فجاء بماله كله يكاد أن يخفيه من نفسه، حتى دفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال النبي صلى الله عليه وسلم: " ما خلفت وراءك لأهلك يا أبا بكر؟ " فقال: عدة الله وعدة رسوله، فبكى عمر رضي الله عنه، وقال: بأبي أنت وأمي يا أبا بكر والله ما استبقنا إلى باب خير قط إلا كنت سابقاً
terj:  Berkata Ibn Abui Haatim, telah diceritakan kpd kami dari ayahku, dari al-Husin bin Ziyaad al-Muhaaribi, Mu'addib Muhaarib, dari Musa bin `Umair dari `Aamir al-Sya`bi seputar ayat (2:271). Katanya, ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar dan Umar. (ketika suatu operasi memungut dana utk membiayai perang), Umar datang membawa separuh hartanya dan menyerahkan kepada Nabi saw. Maka Nabi saw bertanyakan beliau, "apakah yang engkau tinggalkan buat keluargamu hai Umar?" Ujar Umar, " masih ada separuh lagi untuk mereka."
Sedangkan Abu Bakr datang membawa semua sekali hartanya dalam keadaan sembunyi-sembunyi hatta dari dirinya sendiri, lalu ia menyerahkan kepada baginda saw. Lalu Nabi bertanyakan beliau," apa yang engkau tinggalkan buat keluargamu ya Abu Bakar?" Jawab Abu Bakar," janji Allah dan Rasul-Nya sahaja." Ketika Umar menyaksikan hal itu dia menangis seraya berkata, "demi ayah dan ibuku menjadi tebusanmu ya Abu Bakar, setiap kali kita berlumba kepada kebaikan, melainkan engkau akan sentiasa menang."
Tahqiq: Ia mursal kpd asy-Sya'bi (dha`if) , tahqiq tafsir Ibn Kathir, dar Ibn Haitham, 4:530
Ia dha'if jika dikatakan sebagai asbabun nuzul, tapi sebagai sebuah hadith, ia bertaraf hasan, dikeluarkan oleh Termidzi
Takhrij:
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْبَزَّازُ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ دُكَيْنٍ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ أَبِيهِ قَال سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يَقُولُ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَتَصَدَّقَ فَوَافَقَ ذَلِكَ عِنْدِي مَالًا فَقُلْتُ الْيَوْمَ أَسْبِقُ أَبَا بَكْرٍ إِنْ سَبَقْتُهُ يَوْمًا قَالَ فَجِئْتُ بِنِصْفِ مَالِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَبْقَيْتَ لِأَهْلِكَ قُلْتُ مِثْلَهُ وَأَتَى أَبُو بَكْرٍ بِكُلِّ مَا عِنْدَهُ فَقَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ مَا أَبْقَيْتَ لِأَهْلِكَ قَالَ أَبْقَيْتُ لَهُمْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ قُلْتُ وَاللَّهِ لَا أَسْبِقُهُ إِلَى شَيْءٍ أَبَدًا قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
(HR Termidzi, no. 3608) : Telah menceritakan kepada kami Harun bin Abdullah Al Bazzaz Al baghdadi telah menceritakan kepada kami Al Fadhl bin Dukain telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Sa'd dari Zaid bin Aslam dari ayahnya dia berkata; saya mendengar Umar bin Khattab berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, bertepatan dengan itu, aku mempunyai harta, aku berkata (dalam hati); "pada hari ini, aku lebih unggul dari pada Abu Bakar, jika aku lebih dulu, Umar berkata; lalu aku datang dengan setengah dari hartaku." Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apa yang kamu sisakan buat keluargamu?", jawabku; "Sepertinya itu." Lalu Abu Bakar datang dengan membawa seluruh yang ia punyai. beliau bertanya: "Apa yang kamu sisakan buat keluargamu?" Dia menjawab; "Aku sisakan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya." Maka aku berkata; "Demi Allah. aku tidak pernah bisa mengunggulinya terhadap sesuatupun selamanya." Perawi (Abu Isa) berkata; "Hadits ini derajatnya adalah hasan shahih." (lidwa)

No comments: