Sunday, January 29, 2012

Travelog USA 40: Proses Mencari calon Isteri bermula 4.0

Bad News dari Malaysia!
Selepas dua minggu, aku menalipon Kakak-ku bertanyakan progres risikan terhadap ukhti SF di Kota Bharu. Akakku, Tuan S, dalam nada suara yang lemah menyatakan harapan agak tipis. Masalah utama, kata Akakku ialah Nenek kpd ukhti SF yang amat dominan dalam majlis merisik tersebut. Keluarga SF agak keberatan menerima risikan aku kerana mereka mahukan kami berdua berada di Malaysia terlebih dahulu. Mereka risau jika anak mereka dalam keadaan dipaksa kerana kedudukan anaknya yang jauh dari keluarganya di Kelantan. Kedua, mereka risaukan kesihatan anak mereka, mereka mahu melihat dulu sejauh mana kesihatan SF dan apakah dia betul2 bersedia untuk berumahtangga selepas mengalami accident yang agak serius. Nenek SF juga agak keberatan menerima hakikat keluargaku yang sudah berpecah, yakni ibubapaku yang sudah bercerai. Atas tiga faktur ini, mereka agak keberatan menerima risikan atau pinangan dari keluargaku, kecuali aku dan SF benar-benar dapat pulang ke Malaysia dan bersemuka dengan mereka. Itupun selepas menamatkan pengajian terlebih dahulu.

Bila mendengar lapuran tersebut, aku pun memberitahu Akakku, anggaplah ia misi yang telah gagal dan Kakakku nampak lega kerana aku dapat membaca mindanya bahawa dia mahu aku menghabiskan dulu pengajian dan bila selamat pulang ke Malaysia, tidak ada apa yg perlu dirisaukan..dengan kelulusan made in usa, dengan kerjaya yg bagus nanti, masalah calun isteri adalah senang sekali, ujarnya.
Kemudian, aku membuat temujanji dgn ukhti SF dan bertemu dengannya di rumah akhi SA dan ukhti R sekali lagi dan aku jelaskan maklumat yang aku terima dari kakakku. Beliau juga baru menerima berita dari keluarganya setelah menelefon kedua ibubanya. Ukhti SF menyerahkan kepada aku untuk membuat keputusan, "enta mas'ul, naqeeb US, maka ana akur dengan apa jua keputusan akhi." Terlalu berat untukku membuat keputusan. Jika aku menerima ukhti SF dan ingin teruskan perhubungan, ini bermakna kami hanya akan berkahwin di Malaysia dan itupun 50-50 lagi. Ana minta kepastian, apakah keputusan keluarga SF itu muktamad? Ukhti SF kata, ya, memang muktamad dan beliau tidak mampu untuk melawan keputusan familynya. Maka aku minta tempoh sekejap dan aku minta pandangan bro SA yang ada di ruang tamu rumahnya. Bro SA bilang, "akhi, jika enta nak kawin kat Malaysia, maka enta teruskan dengan ukhti SF, tapi jika enta nak cepat dan memang sahabat2, ikhwah US mahukan enta ada isteri di sini dengan kadar segera, maka, enta kena cari calon seterusnya." Ana sarankan enta cari calon yg boleh berkahwin di sini."

Maka dengan saranan tersebut, aku pergi semula ke tirai dan menyatakan keputusanku bahawa jodoh kita, nampaknya tidak kesampaian. Aku memohon berbanyak kemaafan dan menjelaskan menjadi hasrat sahabat-sahabat ikhwah US mahukan ana kahwin dengan kadar segera dan hubungan kita memang tidak memungkinkan hal itu berlaku dlm waktu terdekat. maka ia terpaksa dibatalkan. Aku tidaklah merasa sebak mana kerana mungkin perasaan cinta belum masuk lagi, hatibudi SF pun belum kenal mendalam lagi,  namun aku dapat rasakan kekecewaan ukhti SF dan isteri SA memaklumkan selepas itu, dia memang menitiskan air mata..[namun selepas pulang ke Malaysia, aku mendapat khabar SF menjadi tenaga pengajar di sebuah IPTA dan telahpun berkahwin dan bahagia hingga kini. Allah telah memberi ganjaran yg baik untuk beliau]
Apakah langkah seterusnya yang perlu aku lakukan??

5 comments:

TMAAR_H66 said...

syahdu syeikh ..kusyuk ana baca ni..

THTL said...

TQ tuan, ana rasa macam biasa je, tak ada lah cam cinta Bollywood..kohkoh

Solah said...

Boleh buat drama ni...

THTL said...

solah,
kalau utk slot drama TV3 depa lebih prefer karya-karya spt Ombak Rindu, Gemersik Kalbu...mungkin sesuai utk slot drama utk TV9 atau TV Hijrah kot...hehehe

yusof said...

Kalau saya wanita, memang dah menitis air mata syeikh, koh koh