Sunday, January 8, 2012

Cerita dua Hasan

PAS pecat Hasan Ali
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Komen:
Berbedza dgn Hasan Ali, Tuan Hassan mengambil langkah bijak, sebelum dipecat, lebih baik mengundurkan diri lebih awal sebelum anda disingkirkan...hehehe. ini Hukum Politik.

Dr Hasan Ali, 64 tahun, phD Wisconsin USA tahun 1985, ketika itu saya baru saja sampai di USA. Saya tak pernah bertemu beliau di USA. Ini kerana beliau adalah antara pegawai tinggi kerajaan. Beliau merupakan suatu kemenangan besar PAS bila seorang pegawai PTD yang berpengaruh menyertai PAS tahun 2001. Justru itu beliau terus diberi jawatan Naib presiden tanpa perlu melalui proses sokongan akar umbi. Kehebatan beliau terserlah dalam motivasi personal dan kecemerlangan kekeluargaan hingga beliau menubuhkan syarikat juruperunding sendiri, AKRAB yang mempunyai kem latihan outdoor di Hulu Langat.
Kenangan saya bersama Dr Hasan ialah saya pernah mengikuti kursus BTN (di Pulau Lagenda Langkawi) ketika saya berkhidmat dengan kerajaan dan Dr Hasanlah yang memimpin slot motivasi dan program Qiamullail. Sesi paling dramatis ialah sesi Solat Tasbih, Solat taubat dan selepas itu sesi doa Jama`iy yang akan dipenuhi dengan limpahan air mata para peserta. Kesan program tsb amat hebat melanda program peserta BTN, saya lihat ramai kakitangan awam yang insaf, dari yang tak solat, menjadi pesolat, dari yang tak puasa kpd Puasawan..dst
Saya juga pernah menghantar 3 anak saya ke program Summer Camp anjuran Akrab di Hulu langat, saya ingat kos masa tu dalam lingkungan RM120-150. Sessi paling sayu ialah hari  terakhir di mana Dr Hasan Ali akan muncul membuat rangkuman program menemukan anak-anak bersama dengan ibu dan ayah. sungguh syahdu sekali dengan berkonsepkan hutan semulajadi.
Selepas dr Hasan menyertai PAS, saya tidak lagi mengikuti perkembangan beliau hinggalah akhir-akhir ini dengan beberapa siri kejutan peristiwa di Selangor hinggalah berita hari ini, di mana Dr. Hasan Ali kena fired.
Saya mendoakan beliau tabah kerana perjuangan boleh dilakukan dengan pelbagai wadah dan pendekatan. keikhlasan kita yang akan menjamin kita tidak tergelincir dari jalan Dakwah.

Orang yang berperinsip tidak akan peduli samada dia akan dipecat atau tidak. organisasi hanyalah wadah, ia bukan agama.

6 comments:

Ibrahim said...

`Berbedza dgn Hasan Ali, Tuan Hassan mengambil langkah bijak, sebelum dipecat, lebih baik mengundurkan diri lebih awal sebelum anda disingkirkan...hehehe. ini Hukum Politik.`

Situasi tak sama kot sebab kalau Dr Hassan Ali resign, otomatik bertalak 3 dengan isteri beliau.

THTL said...

bro Ibrahim,

camno boleh tertalak 3 dengan bini tu, ada lafadz Ta'liq ke?

Ibrahim said...

Bai'ah talak tiga lama wujud di kalangan Pas

SHAH ALAM 6 Nov. - Bai'ah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu telah lama wujud.

Ia akan diikrarkan oleh semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri dan dilakukan bagi menjamin kesetiaan mereka yang telah dipilih.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya 2004 untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu.

Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan oleh Dewan Ulama Pas Pusat akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung.

''Bai'ah itu antara lain berbunyi 'sekiranya kami mengkhianati parti maka akan tertalak tigalah isteri-isteri kami'," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Khairuddin, bai'ah itu tidak sekali-kali bertujuan menindas isteri tetapi menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti sama dengan isteri serta keluarga.

''Rasa sayang yang tidak berbelah bahagi kepada isteri dan keluarga pemimpin yang mengangkat bai'ah membuatkan mereka tidak akan mengkhianati parti.

''Bai'ah ini jugalah yang mengekalkan kuasa Pas di Kelantan sehingga kini dan inilah kelebihan Pas yang tidak ada dalam UMNO," jelasnya.

Tambahnya, beliau juga kesal dengan pihak yang membuat tuduhan liar terhadap Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan beberapa pemimpin Pas negeri lain berkaitan kerajaan perpaduan.

Ini kerana kata beliau, Hassan juga mengangkat bai'ah dan tidak mungkin pemimpin Pas negeri itu akan melakukan sesuatu yang melanggarnya.

''Jika mereka maklum tentang bai'ah ini mungkin tuduhan seperti itu tidak akan dibuat," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang mengatakan tidak tahu mengenai bai'ah itu, Mohd. Khairuddin enggan memberikan komen.

''Setahu saya bai'ah ini memang wujud di Selangor dan sepatutnya juga di negeri lain kerana ia dikeluarkan oleh Pas pusat," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

THTL said...

syukran, baru teringat...hehehe
ini bai`ah bid`ah

yat said...

nasib baik thtl tak baiah sama dengan baiah pada PAS, koh koh.....

alias said...

dah jadi 3 'H', latest...TG Hadi Awang

betul kot 2012 bnyk keanjaiban