Selepas perkampungan Amish, bro ZM membawa ku ke sebuah ladang milik seorang yg berketurunan Iran. Namanya Hameed, bin dah tak ingat. Dia kawin dgn wanita Amerika dari Ames dan beliau membuka ladang di Ames. Beliau menternak ayam, biri-biri, kambing dan ayam belanda (turkey). Sebaik saja aku dan ZM sampai ke ladangnya, dia menyambut kami dengan mesra dan begitu juga isterinya, Patricia. Aku nampak, dia membela beberapa ekor anjing, mungkin untuk menjaga ternakannya. Hamid bertanyakan apa daging yg nak makan, adat beliau, sapa yang datang ke ladangnya mesti makan. Maka ZM kata, dia lama tak makan daging arnab. Maka Hameed mengambil riflenya dan membawa kami bersiar-siar sekitar ladangnya dan sebentar kemudian dia melepaskan tembakan dan anjingnya meluru untuk mengambil arnab yang baru ditembaknya. Dia menembak beberapa kali dan dapatlah 3 ekor arnab. Aku memberitahu akh ZM, bahawa aku tak lalu nak makan arnab..ZM, kata tak apa, lepas Hameed masak nanti, gerenti ada selera.
cth rumah ladang Ames |
Kemudian dia membawa kami ke Villanya, memang tersergam villa beliau. Jarak antara rumah beliau dengan rumah orang lain agak jauh., sayup baru nampak rumah orang. Kelihatan ada seorang anak daranya yang kemungkinan berusia 13-14 tahun, comel budaknya rambut perang dan seorang baby, dalam lingkungan 1 tahun, memang comel bayi kacukan ni (Iran campur mat saleh). Aku bertanyakan bagaimana dia boleh menetap di US sedangkan di Iran sudah aman. Dia pun ceritala, ketika revolusi Iran, dia berada di USA, maka bila meletusnya kekacauan di Iran, dia hilang selera utk pulang, lalu berkawin dgn wanita Ames dan sekarang dia dah dapat kerakyatan USA. Kemudian bila dah masuk waktu Zuhur, kami solat di rumahnya dan dia menghormati kami sbg sunni, dia suruh bro. ZM yg jadi Imam. aku tengok solat dia agak pelik, di sebelahku, ketika qiam, tangan dia lurus aje, bukan sedekap dan ketika tahayyat akhir, aku perasan sebelum bagi salam, dia akan takbir dua kali, barulah kasi salam. Dalam hati aku, hardcore syiah juga mamat Iran ni..
Bila time makan tengahari, kami dihidangkan dengan menu istimewa, kambing panggang, arnab panggang dan broth, sejenis masakan Iran, macam dalca, tapi banyak tomato dalamnya. Aku baca basmallah, dan makan ajelaa.. Namun, aku mmg tak makan arnab sebab nampak macam paha kucing je..hehehe. Bila mau pulang, Hameed memberi daging dan juga ayam yg sudah diproses. kami berpelukan dan terasa juga ukhuwwah dgn org syiah ni. Tapi aku rasa dia bukanlah syiah rafidhah sebab dah kena americanized.
No comments:
Post a Comment