Kedua: Budaya Memukul Isteri di zaman Salaf
Kaum salaf ada pelbagai watak, ada yang bengis dan memukul isterinya dan ada pulak yang berwatak lembut dan bijaksana. Kita bawakan pelbagai variasi tersebut:
1. Kisah Umar
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُمَرَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ الْعُمَرِيُّ عَنْ نَافِعٍ قَالَ: سَمِعْتُ صَفِيَّةَ تقول:
ربما ضربني عمر حتى يتشبك وِشَاحِي. وَلَقَدْ ضَرَبَنِي مَرَّةً بِالْمِشْجَبِ
ربما ضربني عمر حتى يتشبك وِشَاحِي. وَلَقَدْ ضَرَبَنِي مَرَّةً بِالْمِشْجَبِ
terj: Dari Muhammad bin `Umar dari Abdillah al-`Umari, dari Naafi`, katanya, "aku mendengar Shafiyah berkata," Umar di samping kedekut, suka memukulku hingga bengkak-bengkak. pernah dia memukulku dengan cemeti." Tabaqat Ibn Saad, 8:473
2. Kisah az-Zubair bin Awwam
terj: Dari Hafsy bin Ghiyath dari Hisham dari ayahnya (Urwah), dia berkata, "adapun aaz-Zubair itu keras terhadap isteri-isterinya, beliau sering memukul mereka dengan kayu-kayu (bahan bakar di dapur)." al-musanaf Ibn Syaibah, 5: 223
عن غندر عن شعبة عن يعلى بن عطاء عن أبيه عن عبدالله بن عمر قال : لا تضرب خادمك ، واضرب امرأتك وولدك
3. Kisah Ibn Umarterj: Dari Ghudar dari Syu`bah. dari Ya`la bin Atha' dari ayahnya dari Abdullah bin Umar, katanya, "jangan memukul khadam kamu, tapi pukullah isteri dan anak kamu." (ibid, 5:223)
Pandangan peribadi Nabi saw kepada sahabat yang suka memukul bini:
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ أَنْبَأَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ إِيَاسِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَضْرِبُنَّ إِمَاءَ اللَّهِ فَجَاءَ عُمَرُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ ذَئِرَ النِّسَاءُ عَلَى أَزْوَاجِهِنَّ فَأْمُرْ بِضَرْبِهِنَّ فَضُرِبْنَ فَطَافَ بِآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَائِفُ نِسَاءٍ كَثِيرٍ فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ لَقَدْ طَافَ اللَّيْلَةَ بِآلِ مُحَمَّدٍ سَبْعُونَ امْرَأَةً كُلُّ امْرَأَةٍ تَشْتَكِي زَوْجَهَا فَلَا تَجِدُونَ أُولَئِكَ خِيَارَكُمْ
(HR Ibn Majah, no.1975, lidwa) : Telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Ash Shabbah berkata, telah memberitakan kepada kami Sufyan bin Uyainah dari Az Zuhri dari Abdullah bin Abdullah bin Umar dari Iyas bin Abdullah bin Abu Dzubab ia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah sekali-kali kalian memukul budak-budak perempuan Allah (para isteri)." Lalu Umar datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seraya berkata, "Ya Rasulullah, kaum wanita telah berani kepada suami-suami mereka, maka perintahkanlah untuk memukulnya." Maka mereka pun dipukul sehingga ada sekelompok wanita mengelilingi keluarga Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Di pagi harinya beliau bersabda: "Tadi malam, keluarga Muhammad telah dikelilingi oleh tujuh puluh wanita, semuanya mengadukan tentang suaminya. Maka kalian tidak mendapati mereka lebih baik dari kalian."Tahqiq al-Albani: sahih
الراوي:إياس بن عبدالله بن أبي ذباب المحدث:الألباني - المصدر:صحيح أبي داود- الصفحة أو الرقم:2146
خلاصة حكم المحدث:صحيح
Kata al-Baghawi (syarah Sunnah) mengenai hadith ini, pilihan RasuluLlah saw ialah elakkan memukul isteri.
لا يجلد أحدكم امرأته جلد العبد ، ثم يجامعها في آخر اليوم
Dari Abdullah bin Zam`ah, Nabi saw bersabda, "janganlah salah seorang kamu memukul isterinya seperti memukul unta, kemudian pada sebelah malamnya ia bersetubuh dengannya."
Kata al-Hafidz ketika mentafsir hadith ini dalam al-Fath, hubungan kelamin itu terasa enak jika keduanya saling menyintai dan saling cenderong kpd satu sama lain. Mana jika suami memukulnya, maka apakah yang dipukul cenderong dan menyintai pemukulnya?
No comments:
Post a Comment