Thursday, January 5, 2012

Travelog USA 27: The Four Musketeers 2.0

Musketeers #2: JAWS
 Seorang lagi anak buahku yang aku amat sayangi semasa di US ialah bro MHMS. Beliau dikenali dengan nick JAWS. Aku tanya kenapa nick enta Jaws, katanya sebab "kejongangannya". Beliau mendapat fikrah IM semasa menuntut di Sek Men. Sains Perlis. merupakan anak didik Naqib SMS Perlis, akh CMD (CMD ni merupakan salah satu pembantu khas Mursyid, sahabat karib kpd akh CMA yang datang ke tamrin California tempoh hari). Memang betulla, dia nampak ada sedikit jongang. Tapi bukanlah suatu kecacatan kerana dia ni agak hensem dan kulitnya yg cerah. Masa tu kami menggunakan fiqh yg ketat, tak boleh pakai brace sebab merubah ciptaan Tuhan. Sepatutnya dia pakai brace kerana di US, murah sahaja.
Beliau menuntut di North Carolina, tempat lahirnya bintang NBA yang amat masyhur, Michael Jordan dengan Chicago Bulls. Bro Jaws ni juga amat gigih dalam mencari ilmu dan setiap kali musim cuti dia akan memandu hampir 1300 KM dari North Carolina university ke Kalamazoo seorang diri hanya untuk bersamaku dan KM. Dia memang cekap memandu. Tubuhnya yang solid sasa, atletik dan amat fit. Maka kalau program tamrin, aku selalu melantiknya untuk mengendalikan aktiviti lasak dan sukan. Dia membawa pulang sarjana masters dalam Town Planning, memiliki kerjaya yang baik dan sekarang bekerja di sektur swasta, amat berjaya, seorang golfer dan hobinya ialah fishing laut dalam. Sekarang beliau menetap di Kelang dan masih bersama manhaj Usrah jamaah. Kali terahir aku ke rumahnya ialah ketika dia kenduri utk ke Mekah.
kelebihannya ke atas ku ketika ini ialah dia sudah berpoligami..hehehe
Cuma aku belum mampu menyambut pelawaannya utk menyertai beliau fishing di pulau-pulau di sekitar Pelabuhan kelang...

No comments: