Friday, January 27, 2012

Penjelasan Isu Iklan Advertlets di Blog Bicara thtl

Ada sedikit salah faham antara Admin dan saya mengenai isu penggunaan ruang oleh Advertlets atau pengiklanan di Blog thtl. Selepas melihat kemunculan iklan-iklan di Blog bicara thtl, saya mendapati ia tidak sesuai dengan matlamat asal penubuhan blog ini. Yakni, ianya 100% percuma dan tidak ada lansung unsur komersil. Apa yang saya benarkan kepada Admin Blog bicara hanyalah sebagai percubaan saja dan setelah membenarkan hampir seminggu, saya dapati, ia tidak sesuai dan agak mengganggu kedamaian dan keharmonian blog ini. Ia juga untuk menjaga persepsi pelawat terhadap Blog ini, bahawa ia bersih dari sebarang unsur komersil dan eksploitasi ruang siber. Jika blog ini pun diberi secara percuma oleh pencipta blogspot, maka saya ingin meneruskan tradisi kepercumaannya dan bebas dari sebarang iklan.
Harap para Admin blog ini memahami dan tidak berkecil hati.

No comments: