Takhrij hadith:
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَمْرٌو النَّاقِدُ كِلَاهُمَا عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ عَامِرٍ قَالَ أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ وَعَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَوْمٍ يُلَقِّحُونَ فَقَالَ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا لَصَلُحَ قَالَ فَخَرَجَ شِيصًا فَمَرَّ بِهِمْ فَقَالَ مَا لِنَخْلِكُمْ قَالُوا قُلْتَ كَذَا وَكَذَا قَالَ أَنْتُمْ أَعْلَمُ بِأَمْرِ دُنْيَاكُمْ
(HR Muslim, no. 4358) : Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan 'Amru An Naqid seluruhnya dari Al Aswad bin 'Amir; Abu Bakr berkata; Telah menceritakan kepada kami Aswad bin 'Amir; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Hisyam bin 'Urwah dari Bapaknya dari 'Aisyah dan dari Tsabit dari Anas bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melewati suatu kaum yang sedang mengawinkan pohon kurma lalu beliau bersabda: "Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik." Tapi setelah itu, ternyata kurma tersebut tumbuh dalam keadaan rusak. Hingga suatu saat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melewati mereka lagi dan melihat hal itu beliau bertanya: 'Ada apa dengan pohon kurma kalian? Mereka menjawab; Bukankah anda telah mengatakan hal ini dan hal itu? Beliau lalu bersabda: 'Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian.' (Ihsan dari lidwa, Ina)
pendebungan kurma |
Kefahaman maqlubah (songsang atau menyeleweng):
Ada sebahagian umat Islam menganggap bidang ekonomi, bisnes, politik, sosial, pengurusan, pentadbiran, kepartaian dan urusan kenegaraan adalah urusan keduniaan yang mana manusia perlu melaksanakan secara bebas dari kekangan syarak. Maksudnya dalam urusan tersebut, ia tiada kaitan dengan agama.
Asbabul Wurud hadith (sebab hadith ini dikeluarkan):
Hadith ni adalah seputar aktiviti pertanian di Madinah, di mana Madinah adalah antara pusat pengeluaran kurma terbaik di Hijaz dan kebiasaan pengusaha2 ladang kurma Madinah sejak turun temurun ialah melakukan pendebungaan manual untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti kurma mereka. Adapun Nabi saw datang dari kota Mekah yang tidak ada ladang kurma dan baginda tidak pernah mengusahakan ladang kurma. Apabila Nabi saw pada suatu hari menegur amalan pendebungaan kurma tersebut, para sahabat Madinah akur kerana mereka mengganggap saranan Nabi itu adalah wahyu yang baru diturunkan. Ini kerana mereka faham, semua ucapan Nabi adalah wahyu. Maka apabila mereka meninggalkan amalan pendebungaan tsb, maka pada tahun itu merosotlah hasil tanaman kurma Madinah. Bila terdengar keluhan penduduk Madinah, maka Nabi saw bersabda spt di atas untuk memberi tahu, bahawa saranan baginda supaya mereka menghentikan amalan pendebungan adalah ijtihad baginda saja dan ia bukan wahyu.
Kualiti kurma selepas pendebungaan |
Meluruskan fahaman maqlubah seputar hadith "kamu lebih tahu urusan dunia kamu":
Urusan ekonomi, politik, bisnes dan pengurusan adalah tertakluk kepada daar-dasar Islam dan tidak boleh dikecualikan sebagaimana urusan pendebungaan kurma. Ini kerana tujuan perutusan Nabi saw ialah menetapkan keadilan, hak-hak, tanggungjawab dan kewajipan yang tidak mengecualikan ekonomi, politik, sosial dan bisnes. Kerana itu semua adalah urusan keduniaan manusia yang amat penting dan al-Qur'an sarat dengan ayat-ayat mengajar manusia dalam soal ekonomi, jualbeli, gadai, sewa menyewa, hutang piutang, pengharaman riba, wakaf dsbnya. Maka tidak benar sama sekali bahkan termasuk pemikiran maqlubah jika ada orang jahil yang telah menggunakan hadith pendebungaan kurma ni untuk tidak mahu menerapkan syariat Islam dalam urusan ekonomi, politik, sosial dan kenegaraan kerana menganggap ia isu2 keduniaan yang mana Islam menyerahkan 100% kepada manusia. Sebenarnya hadith ini jika difahami secara maqlubah membuka pintu kepada aliran liberal dan sekuler. WA
Ref: Dr Yusof al-Qardhawi, Kaifa nata`amalu ma`a al-sunnah al-Nabawiyah, maktabah wahbah, cairo.
No comments:
Post a Comment