Monday, January 30, 2012

Radd isu asal perkahwinan adalah berbilang isteri (3)

soalan no 4:
4. Apa pendapat kalian tentang fatwa Dr Solah Al-Khalidi di bawah yang menyokong hukum asal perkahwinan adalah poligami berdasarkan ayat ke-3 Surah An-Nisa'?
Radd:
Sekarang mari kita lihat apa sebenarnya ayat dalil 4:3 ni:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ
AQS an-Nisaa' 04:03 [Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja , atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya].
Ini ayat keramat, ayat power utk justifikasi golongan yg mengibarkan bendera Hukum Asal perkahwinan utk anak Adam ialah Poligami dan bukannya monogami.
Padahal ayat ni membicarakan isu anak yatim.
Ayat 4:03 ni turun selepas perang Uhud. Isu utama ketika itu ialah lebihan perempuan  dalam negara Madinah dan banyak anak yatim dan janda akibat peperangan. Anak2 yatim tidak terurus seperti di zaman kita dengan tertubuhnya rumah2 anak yatim.  Imam Bukhari melalui Urwah dari Aisyah menceritakan ayat ni mengenai segelintir lelaki Madinah yang membela/menjaga anak yatim yang memiliki harta dan anak yatim itu kemudian membesar dan cantik rupa parasnya. Lalu wali anak yatim tadi menikahi anak yatim tersebut dengan tujuan jahat, untuk membolot hartanya. Jika anak yatim itu tidak cantik, mereka menghalang perkahwinannya supaya wali terus memakan harta anak yatim.
Ayat 4:3 ini ditafsir dengan lebih detail pada ayat 127:
وَيَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاء قُلِ اللّهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاء الَّلاتِي لاَ تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَن تَنكِحُوهُنَّ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْوِلْدَانِ وَأَن تَقُومُواْ لِلْيَتَامَى بِالْقِسْطِ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ بِهِ عَلِيمًا

AQS an-Nisaa' 4:127 [Dan mereka minta fatwa kepadamu tentang para wanita. Katakanlah : "Allah memberi fatwa kepadamu tentang mereka, dan apa yang dibacakan kepadamu dalam Al Qur'an (juga memfatwakan) tentang para wanita yatim yang kamu tidak memberikan kepada mereka apa yang ditetapkan untuk mereka, sedang kamu ingin mengawini mereka dan tentang anak-anak yang masih dipandang lemah. Dan (Allah menyuruh kamu) supaya kamu mengurus anak-anak yatim secara adil. Dan kebajikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahuinya]
Budaya di Madinah ketika itu ialah orang yang menjaga anak yatim mereka eksploitasi anak yatim, jika cantik dan ada harta, mereka mengahwininya dan membolot hartanya dan jika tidak cantik, anak yatim tadi dihalang dari berkahwin.
Oleh kerana ia isu manipulasi anak yatim, maka Allah membentak budaya manipulasi ni dengan satu offer yang agak sinis..

Dalam bahasa pasar kita boleh kata macam ni..
"Weh, kenapa hangpa ni dok manipulasi anak perempuan yg yatim, kalau yg cantik dan ada harta, hangpa kawin dan bolot hartanya, kalau tak cun, hangpa tak kasi kawin..sebab nak makan hartanya. Kalau hangpa betul2 nak kawin, maka kawinlah betul2, carilah perempuan lain, hangpa nak berapa 2, 3, 4?? kenapa hangpa ni dok penaya anak yatim, menikahi mereka dengan niat utk menipulasi, Kalau betul2 nak kawin, kenapa tak kawin dgn perempuan-perempuan yg bukan yatim, kawinlah semau kalian, atau milikilah hamba sahaya perempuan. hangpa nak berapa, 2, 3, 4. pilih yg mana suka, kenapa anak yatim juga yg hangpa nak penaya?
Inilah mesej ayat 4:3.
Ayat ni, 4:3 dan 4: 127 adalah isu semasa di kota Madinah, ramai anak yatim, maka penjaga atau walinya ada yg telah eksploit anak yatim. Maka Allah menurunkan ayat 4:3 ni utk menghalang manipulasi anak yatim lalu memperli mereka, kenapa tak kahwin dgn perempuan2 lain sampai 4 secara benar dan bukan memanipulasi anak2 yatim.
Allah sebenarnya memberi alternatif atau memberi jalan keluar dari budaya manipulasi dan kekejaman sosial di masa itu, dengan memberi tawaran poligami. Hentikan budaya mengahwini anak yatim kerana hartanya dan sila penuhi quota yg halal yakni kahwini semau kalian tanpa ada apa manipulasi.
Hukum asal dalam ayat ni bukan poligami, tapi hukum asal ayat ni ialah org mukmin datang minta fatwa mengenai manipulasi anak2 perempuan yatim di Madinah, maka turunlah ayat menegah mereka menzalimi anak yatim dan menempelak mereka supaya kawin secara benar, 2,3 atau 4. Ia bukan pasal hukum asal perkahwinan adalah 2,3 atau 4.
Epilog:

Sebab tu saya rasa lucu bila ada org mengatakan ayat ni ayat dalil bahawa poligami adalah hukum asal, sedangkan hukum asal dalam ayat ini ialah kes lelaki-lelakid i Madinah yg  telah penaya anak gadis yang yatim. Ini kerana poligami sudah lama berlaku dalam sejarah manusia dan bangsa Arab. Maka ayat 4:3 ni bukanlah ayat menggalakkan poligami,  di zaman itu dan  Arab Saudi sekarang, poligami tidak perlu digalakkan, tak yah promosi pun;  ini kerana poligami mmg sudah menjadi darah daging manusia ketika itu sebagaimana membeli, menyimpan dan menyetubuhi hamba abdi perempuan pun adalah lumrah di era itu. 
Rumusan: Maka suatu kefahaman anih, di mana poligami dianggap sebagai hukum asal sudah pun kita radd dan kembalilah anda semua kpd hukum asal yg benar2 asal yg mana hukum perkahwinan terbina di atasnya ialah MONOGAMI terlebih dahulu. Poligami adalah hukum furu' dari perkahwinan monogami. Monogami mesti terbina terlebih dahulu dan selepas itu barulah datangnya hukum Poligami, dan di kebanyakan negara2 OIC sekarang, poligami dijadikan hukum kawalan atau kebenaran terhad dan bukanlah wewenang menjadi hak lelaki kerana isu lelaki moden yg suka memanipulasi wanita, bukan saja anak yatim bahkan kaum wanita secara amnya atau khususnya kpd isOne dan anak-anak dari si lelaki durjana di atas nama poligamis sbg Hukum Asal. Minta jauhlah kita dari pemikiran yg keliru ini!

1 comment:

paan said...

Salam...satu radd yang terbaik... Jazarkallahukhaira ya syaikh sb memahamkan sy...Semoga Allah merahmati syaikh...