Monday, January 30, 2012

Radd isu asal perkahwinan adalah berbilang isteri (2)

soalan Dr Fizi no 1:
1. Adakah hukum asal dalam perkahwinan adalah poligami?
Soalan ni kita bahaskan dengan menyusuri istilahnya: "Hukum Asal" (حكم ألأصل ) tu apa?
Hukum asal, ( حكم ألأصل ).
Kalau kita belajar fiqh dan usyul fiqh, istilah hukum asal ditemui dalam Fasal al-Qiyas. Maka rukun Qiyas ialah mesti ada hukum asal, yakni hukum syara' yang mana nas turun menjelaskannya. Dari sinilah hukum furu' (hukium cabang) akan dikeluarkan secara Qias.

Cth: Hukum asal ialah arak. Hukum pecahan atau furu' yang keluar darinya ialah dadah dan rokok.

Maka hukum asal perkahwinan yang mana nas paling banyak turun ialah perkahwinan monogami. Hukum serpihan atau hukum cabang yang dikeluarkan darinya ialah nikah Poligami, nikah mut`ah, nikah Misyar, nikah sirri, nikah Urfi, dsbnya.
Poligami bukan benda baru dalam Islam, bahkan ia diamalkan oleh bangsa2 sebelumnya, dicatat dalam Torah, King Solomon memiliki 600 isteri dan 400 hamba sahaya perempuan. King David memiliki 99 orang isteri. Maka Islam membataskan poligami kpd empat dan meletak foundasi taqwa ke dalamnya supaya ia menjadi alternatif kepada permasalahan sosial. Tapi hukum asal perkahwinan dalam Islam ialah Monogami. Dari monogami inilah syara' mengeluarkan hukum hakam furu' atau cabang seputar perkahwinan, antaranya poligami.

Dalil:
AQS Faathir 35:11 (Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan)
AQS Yaasin 36:36 [Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui]
AQS asy-Syuura 42:11 [Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan]
AQS adz-Dzaariyat 51: 49 [Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah]
AQS ar-Rum 30:21 [Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang]


Inilah hukum asal perkahwinan, iaitu pasangan, in pairs atau monogami. Dari pasangan monogami inilah lahirnya rasa cenderung, tenteram, luv dan care.
Hukum akal, tidak logik, perkahwinan bermula dengan poligami, kerana jika ia bermula dengan poligami, maka runtuhlah kencederungan, ketenteraman luv and care tidak dapat disempurnakan.

Jika anda mengatakan hukum asal adalah poligami. Ia adalah benar, tapi ia diamalkan oleh maharaja, emperor, ketua kabilah zaman purba, di mana wanita tidak mendapat taraf manusia dan tidak layak dicintai melainkan sebagai hamba seks dan pemuas hawa nafsu sahaja. Kalau suatu zaman, di mana wanita adalah komoditi, maka kita setuju, poligami adalah hukum asal. Kerana jika wanita adalah komoditi, maka hukum asal ke atasnya adalah poligami, wanita mesti dikuasai sebanyaknya  untuk melahirkan sebanyak mungkin anak pinak untuk meramaikan kabilah mereka dan menjadikan kabilah itu kuat kerana mereka memerlukan ramai tentera untuk mengalahkan kabilah yang lain.
Tapi kalau kita kaji sejarah manusia yang bertamaddun, mereka memulakan hidup munakahat mereka dengan mencari seorang isteri terlebih dahulu sebagai hukum asalnya. Bukan terbalik kot, memulakan dgn berbilang isteri.

Jadi, menjawab soalan Dr Fizi, apakah hukum asal perkahwinan, jawapannya dari usyul fiqh, ialah Monogami. Bagi ahli takwil atau ahli zahir, mereka menetapkan hukum asal adalah poligami.Juga ahli ahwa' atau mereka yg cenderung kpd hawa nafsu. Ini suatu pendapat yang tersasar kerana mereka tidak melihat apakah asbab nuzul ayat 4:3 yg menjadi dalil kenapa mereka merubah hukum asal perkahwinan kepada poligami. Kita akan jelaskan dalam siri kedua, kenapa AQ 4:3 itu bukan hujah utk merubah hukum asal perkahwinan dari mono kpd poli.

No comments: