Tuesday, January 31, 2012

Radd isu asal perkahwinan adalah berbilang isteri (4) muktamad

Selepas saya radd pendapat anih mengenai hukum asal perkahwinan adalah poligami, maka kedengaranlah suara2 sumbang dari tentera syabab 2.0 mempertikaikan akhlak saya...biasalah, kalau dah kena check-mate, mereka akan menggunakan tektik lain pulak..ini namanya bila dah taksub dgn geng kita, maka butalah hati kita dari kebenaran.

sebenarnya saya nak bawa balik mereka kpd manhaj salaf, manhaj yg mereka dakwa menggigitnya dengan gigi geraham mereka.

Di manakah kesalahan pendapat asal perkahwinan manusia adalah poligami atau berbilang isteri?
Mereka berpegang dengan qaul ulama', antara pegangan mereka ialah mufti saudi, ben baz, ibn jibrin dan ulama ikhwan dari jordan, syaikh dr al-Khalidi. yang ragu2 ialah panel hadith mereka dari mesir yg keliru antara dua pendapat dan juga penaung mereka kapten udara juga keliru, yg mana satu asal perkahwinan, poli atau mono.

Sepatutnya mereka kembali kpd al-Qur'an dan sunnah. bukankah itu slogan salafiyah?
Namun mereka kembali kpd al-Qur'an hanya kpd AQS 4: ayat 3, satu ayat sahaja...sedangkan fiqh ayatnya mengenai gejala eksploitasi anak gadis yg yatim. Anak2 perempuan yatim Madinah dikawini dengan zalim oleh walinya. apa salahnya mereka membuka Tafsir Ibn Kathir mengenai ayat tsb..apakah mereka tidak memiliki tafsir Ibn Kathir?

Sepatutnya mereka kembali kpd banyak lagi ayat2 AQ yg lain, yg menyatakan asal perkahwinan  ialah berpasangan yg pertama (yakni Monogami)...kemudian sunnah Muhammad saw, di mana baginda memulakan perkahwinan baginda secara monogamis dgn Khadijah selama26 tahun. Khulafa ar-rasyidin pun memulakan perkahwinan mereka secara monogamis terlebih dahulu....
Yang paling senang ialah menggunakan akal sihat mereka. jika mereka atau anda semua nak  berkahwin, apakah mereka atau anda terasa senang jika berkahwin mono terlebih dahulu? cuba depa lihat perkahwinan ayah dan atuk mereka atau ayahanda kamu sendiri, apakah mereka juga monogamis? jika mereka atau anda masih bujang trang tang tang, apakah mereka atau anda bercita-cita nak kahwin sebagai poligamis? akal sihat, kenapa mereka dan anda tidak menggunakannya?

Maka inilah metod kembali kpd AQ dan As-Sunnah bukannya kembali kpd kepada ulama' yg mereka rasai menyamai hawa nafsu mereka, yakni mufti baz, al-jibrin dan al-khalidi sedangkan ketiga-tiga ulama tsb berkawin monogami terlebih dahulu. macam mana 3 ulama ni menjadi hujah sedangkan ayat AQ dan as-Sunnah dengan jelas menyalahi pendapat ulama' yg tiga tu. mereka masih ragu2 dan masih taksub dgn kefanatikan puak lalu tertutuplah kebenaran dan mereka lebih suka melihat kelemahan peribadi thtl. aduyai...

PENDAPAT YANG SAHIH
HUKUM ASAL perkahwinan dalam Islam ialah satu isteri (monogami). Manakala poligami atau berbilang isteri sampai maksima empat adalah hukum cabang atau furu' dari hukum asalnya atau dan Poligami adalah penyelesaian sosial Islam terhadap gejala pelacuran, mistress, GRO, tukang urut perempuan yang ditawarkan oleh masyarakat bukan Islam. Jika Barat menawarkan sistem pelacuran dan menghalalkan perzinaan, Islam menawarkan pakej poligami sebagai hukum extension dari hukum asal monogami. 

HUJAH KILLER BLOW:
Poligami adalah berat, monogami adalah ringan. Islam adalah agama yg mudah, maka tidak logik Allah menetapkan hukum asal dengan sesuatu yg berat dan meninggalkan sesuatu yang mudah. Sedangkan Islam itu mudah dan sederhana.
Walaupun monogami itu ringan dan mudah, tapi dalam uruf sekarang, pakej perkahwinan boleh mencecah RM 20K. Maka tidak menasabah jika ada pihak yg "menipu" atau ,mengelirukan anda dengan mengatakan poligami adalah hukum asal perkahwinan.

No comments: