Sunday, January 8, 2012

Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim (05)

المسألة الأولى وهي هل تعرف الأموات زيارة الأحياء وسلامهم أم لا
Masalah #1.0: Apakah orang Mati mengetahui Ziarah orang hidup dan Salam mereka ataupun Tidak? Bah 04
Dalil 07: Ruh-ruh saling bertemu pada hari Jumaat
   حدثنا محمد بن الحسين حدثنى يحيى بن بسطام الأصغر حدثنى مسمع حدثنى رجل من آل عاصم الجحدرى قال رأيت عاصما الجحدرى في منامى بعد موته بسنتين فقلت أليس
قدمت قال بلى قلت فأين أنت قال أنا والله في روضة من رياض الجنة أنا ونفر من أصحابي نجتمع كل ليلة جمعة وصبيحتها إلى بكر بن عبد الله المزنى فنتلقى أخباركم قال قلت أجسادكم أم أرواحكم قال هيهات بليت الاجسام وإنما تتلاقى الارواح قال قلت فهل تعلمون بزيارتنا إياكم قال نعم نعلم بها عشية الجمعة كله ويوم السبت إلى طلوع الشمس قال قلت فكيف ذلك دون الأيام كلها قال لفضل يوم الجمعة وعظمته
terj: Dari Muhammad bin al-Husin (w.238H, Baghdad) dari Yahya bin Bustam al-Asghar (Ibn Hajar kata perawi mubham, dipertikaikan siapakah dia) dari Masma` (juga tidak dikenali) dari seorang lelaki dari keluarga `Aashim al-Jahdari (salah qari yang tujuh, w. 128H, Basrah), katanya (lelaki dari keluarga `Aashim), "aku pernah bertemu `Aashim al-Jahdari di dalam mimpi selepas dua tahun `Aashim meninggal dunia. Maka aku bertanya, "bukankah engkau telah pergi terlebih dahulu." Jawab Aashim, benar. Aku bertanya lagi," di mana engkau sekarang?" Jawab `Aashim,"demi Allah, aku berada di salah sebuah kebun syurga. Aku dan beberapa sahabatku, kami saling bertemu setiap malam Jumaat dan pagi Jumaat di tempat Bakar bin Abdullah al-Muzani (tabi`in Basrah, murid Anas dan Ibn Abbas, w.108H), kami sembang2 pasal kalian."
Aku bertanya lagi, "kamu bertemu dalam jasad2 kamu atau ruh2 kamu saja?" Jawab Aashim, "jauh sekali, kerana jasad2 kami sudah hancur luluh, tapi kami bertemu dengan ruh2 kami." Aku bertanya lagi, "kalau demikian, apakah engkau tahu ketika kami datang menziarahi (kubur) kamu?" Jawab Aashim," Ya, kami tahu semua itu, pada petang Jumaat hingga Sabtu hingga matahari terbit." Aku bertanya lagi, "kenapa hari-hari itu sahaja, tidak hari2 yg lain? Jawab Aashim, "kerana keutamaan hari Jumaat dan kebesarannya."
Taaliq:
1. Ia memiliki sanad yg tidak kuat, cuma sampai kpd Tabi'in, Aashim.
2. Ia adalah mimpi, mimpi bukan hujah.
3. Yang bermimpi itu adalah tidak dikenali, cuma rijal atau lelaki dari keluarga Aashim.
===============================
Dalil  #8: Atsar Sufyan Tsauri
حدثني محمد حدثنا عبد العزيز بن ابان قال حدثنا سفيان الثورى قال بلغنى عن الضحاك أنه قال من زار قبرا يوم السبت قبل طلوع الشمس علم الميت بزيارته فقيل له وكيف ذلك قال لمكان يوم الجمعة
terj: Dari Muhammad dari `Abd Aziz bin Abaan (Kufah, w.208H, perawi dha`if), katanya telah berkata kepadaku Sufyan at-Tsauri (w.161H), katanya telah diberitahu kepadaku ad-Dhahhak, bahawa dia telah berkata,"siapa yang menziarahu kubur pada hari sabtu sebelum matahari terbit, niscaya mayit akan mengetahu ziarahnya itu. Lantas disoal, camna tu? Jawab Sufyan, "kerana kedudukan hari Jumaat."
Taaliq: Kisah ni tak reliable kerana kelemahan Abd Aziz bin Aban.
Ruj: Dr Bassam al-`Amush, Univ Imam Saud, Riyadh, tahqiq al-Ruuh, ms 181

No comments: