Sunday, January 1, 2012

Travelog USA 25: Menjadi Imam dan Khatib KIC 3.0

Diterima oleh komuniti Arab Kazoo.
Sejak aku menjadi Imam dan Khatib KIC, berlaku perubahan drastik dalam kehidupan sosialku. Tiba-tiba komuniti Arab Kalamazoo begitu mesra dan aku sering diundang ke majlis makan dan kenduri kendara komuniti Arab. Baru aku tahu ada komuniti Lebanon, Syria, Iraq, KSA, Jordan, Palestin di Kalamazoo. Dari maklumat mereka, Michigan merupakan antara negeri yang paling ramai komuniti Arab di US, antara penempatan arab yang terbesar di Michigan ialah Ann Arbor (di Utara Kalamazoo) dan Detroit, ibu negeri bagi Michigan.

Apabila sering diundang ke majlis arab, aku pertama kali didedahkan dengan menu makanan arab, spt nasi mandi, lamb kabshah, maghut dsbnya. Yang paling lucu bila pak Arab bertanya akan daku dua perkara:
pertama, kenapa bila orang Melayu masak ayam atau kambing, depa suka potong kecik-kecik. Pak Arab kata sebab tu depa tak suka memenuhi undangan kenduri pelajar melayu, sebab ayam dipotong kecik sangat. Saya menjelaskan, kebanyakan orang melayu datang dari asal usul orang susah. pada masa lalu, ayam atau kambing adalah suatu yang luxury, di mana kami makan ketika kenduri sahaja. Maka sebab tu bila kami makan ayam atau kambing, kami potong sekecil mungkin supaya lebih ramai yang dapat merasa. Jadi kami anggap makan ayam belah empat tu adalah suatu budaya yang mewah.
kedua: Arab tanya kenapa kita makan ikan bilis, bukankah itu suatu kezaliman kerana kita makan ikan yang masih kecil? Ini aku memang tergelak sakan, aku katakan, itu ikan memang saiz maksima dia memang kecil, aku kasi tahu namanya "anchovy" dan ia memang banyak di perairan kami.
Oleh kerana aku sudah terdedah kepada komuniti arab, maka terbukalah suatu keperluan untukku menguasai bahasa arab, maka pada semester berikutnya, aku mengambil subjek bahasa arab di fakulti bahasa WMU sebagai subjek elektif. Fakulti bahasa WMU punyalah besar dan ia menawarkan lebih dari 36 bahasa utama dunia, termasuh bahasa melayu (tapi kodnya diletak bahasa Indonesia) dan swahili. Dalam kelas arabic, aku berkenalan dengan american yang ambil subjek arabic, kebanyakannya adalah pelajar2 tajaan CIA yang akan dihantar betugas di Timur Tengah sebagai agen perisikan. terkejut den. CIA adalah badan perisikan Amerika yang paling digeruni diseluruh dunia. Lucu juga bila lihat mat saleh terkial-kial menyebut kalimah2 arab kerana lidah mereka yg masih keras. Tapi apa yg aku pelajari di bilik darjah tidak sama dengan bahasa pertuturan komuniti arab di sini kerana mereka bertutur dalam dialek negeri masing2 atau arab ammi. Maka ternganga jugalah aku. Namun hubungan mesra dengan komuniti arab di sini menjadikan kehidupanku lebih bermakna dan berwarna.

11 comments:

Silpar jepon said...

Assalamualaikum, maaf enta berada di mana ni ye? Nampak menarik, moga sentiasa thabat di jalanNYA.. ^^

THTL said...

Ini cerita zaman pengajian saya semasa di Michigan USA daa..sekarang menetap di Subang Jaya selangor

Dr Abdullah Ameen said...

assalamu'alaikum,

apa nama menu nasi tu? nampak menarik & menyelerakan! berapa orang kapasiti makannya?

THTL said...

doc,
itu namanya lamb Maqlubah with raisins + cashew nuts. Satu dulang, 4 org arab makan. Kalau melayu, 6 orang dewasa.

Mohd. Ikram said...

Nasi tu mmg nampak sedap.. tengah cari resepi.. Saya rasa ayam tu mesti juicy punya...

abu muhammad walid ilias said...

akum bos. ambo nak minta merasa makanan macam dalam gambar, tapi hasil tangan th buleh ker? he he he

pendekartua said...

Komuniti Arab selalu jemput makan dan kenduri?

Komuniti Arab pun sibuk buat selamatan, tahlilan dan yasinan juga ke?

THTL said...

walid ilias,
susah nak masak masakan arab tu, resepinya rahsia dan peralatan memasak pun special...kalau nak makan datang USJ, belakang USJ Summit Mall ada restoren arab Yaman baru buka..

THTL said...

pendekartua,

komuniti arab tak buat tahlil, selamatan dan yasinan, tapi makan-makan je, sebah pak arab ni suka menjamu tetamu. budaya yg u sebut tu mmg sinonim dengan nusantara aje...arab mmg bersih dari budaya tsb

Anonymous said...

salam,

syeikh dalam gambar tu yang mana satu? tak nampak punn huhuhu

THTL said...

eimihar,

foto tu cuma hiasan saja. foto sebenar belum masuk scan lagi, itu akan dimasukkan bila ia dijadikan Novel nanti..sorry ek?