منْ راءى راءى اللهُ بهِ ، ومنْ سمَّع سمَّع اللهُ بهِ
Takhrij:
حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ سُمَيْعٍ عَنْ مُسْلِمٍ الْبَطِينِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللَّهُ بِهِ وَمَنْ رَاءَى رَاءَى اللَّهُ بِهِ
(HR Muslim, no.5301) : Telah menceritakan kepada kami Umar bin Hafsh bin Ghiyats telah menceritakan kepadaku ayahku dari Isma'il bin Sumai' dari Muslim Al Bathin dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Barangsiapa memperdengarkan (amalannya) niscaya Allah memperdengarkan dengannya dan barangsiapa memperlihatkan (amalannya) niscaya Allah memperlihatkan dengannya."
syarah:
1. Beramal kerana sum'ah (ingin amalnya didengar oleh manusia dan juga popularitinya), maka Allah akan mempopularkan amalnya kepada orang ramai.
2. Beramal kerana riya' yakni ingin amalnya dilihat oleh manusia, maka Allah pun menzahirkan amalnya kepada manusia.
Maka setakat itulah habuannya, populariti dan amalnya dilihat oleh manusia.
Ancaman amal riya' dan sum'ah dalam al-Qur'an:
يُرَآؤُونَ النَّاسَ
AQS an-Nisaa' 4:142 [Mereka bermaksud riya' (dengan shalat) di hadapan manusia]
وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُواْ بِمَا لَمْ يَفْعَلُواْ
AQS Ali-Imran 03:188 [dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan]
وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاء النَّاسِ
AQS al-Anfaal 8:47 [Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya' kepada manusia]
Sebuah sya`ir Arab:ثوبُ الرياءِ يشِفُّ عمَّا تحتهُ فإذا التْحفْت بهِ فإنَّك عاريterj:
Pakaian riya' itu nipis saja; hanya menutupi seadanya...
Jika kamu berpakaian dengannya (pakaian riya itu);
sama saja dengan bertelanjang..
aku yang terhebat akhirnya makan diri |
4 comments:
Alhamdulillah, mantap sekali entri ini..saya akan ingat pengisiannya ,insyaAllah..moga bermanfaat untuk ramai orang,amin
sebab tu thtl nak dok kat Blog je..kalau masuk website, depa kata thtl mengejar populariti. saya akan pantau dien kat web syabab 2.0 ek? dien kena sentiasa humble dan merendah diri.
apasal chatroom kita dah kantoi??
aik??pantau ana??
huhu....humble ke...dah memang macam ni,,,biasalah..ana bukan orang kota...
chatroom kantoi apa ustaz?
dah OK, tadi error 404
Post a Comment